Pencerobohan di Lahad Datu: ATM Hantar Tujuh Batalion Ke Sabah

Berita terkini mengenai pencerobohan di Lahad Datu, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menghantar 7 lagi batalion dari Semenanjung ke Sabah bagi menghadapi sebarang serangan dan membantu pihak polis di sana.

Petikan dari Utusan Malaysia

Sebanyak tujuh batalion tentera telah dikerah ke Sabah bagi membantu pasukan polis menghadapi penceroboh di negeri itu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, lima batalion telah dihantar ke Lahad Datu manakala dua lagi masing-masing di Tawau dan Sandakan.

“Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa pihak tentera membantu polis sepenuhnya.

“ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahat Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau,” kata beliau dalam laman Twitternya

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Pencerobohan di Lahad Datu: ATM Hantar Tujuh Batalion Ke Sabah”

  1. akubiomed says:

    Pihak keselamatan sudah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara.

  2. Amira Adrianna says:

    Kalau dah semua askar dihantar ke Lahad Datu, Sabah, Semenanjung nie siapa nak jaga? Kang dibuatnya ada malaun2 lain yg nk ‘tuntut Semenanjung malaysia’ lak, macam mana?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold