Kiera Anak Salina Saibi Berani Selamatkan Budak Hampir Lemas

Anak pelakon Salina Saibi, Kiera mendapat pujian dan menjadi bualan di kawasan penempatannya apabila Kiera atau nama penuhnya Fatah Syakiera yang baru berusia 4 tahun berani menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang jatuh di dalam kolam. Kiera digelar Super Girl kerana tindakan beraninya itu. Salina Saibi 31, pun terkejut apabila anaknya berani bertindak demikian tanpa disuruh.

Dalam petikan berita Harian Metro, Salina menceritakan kejadian yang berlaku, dan bagaimana anaknya membantu budak lelaki yang ditolak rakan ke dalam kolam… ada lima budak lain di tepi kolam tetapi tidak ada seorang pun yang mahu selamatkan budak itu, kemudian Kiera datang dan menarik tangan budak itu ke tepi kolam. Kejadian berlaku di sebuah parti yang diadakan di kawasan kondominium Cheras sekitar jam 7 malam.

Bapa budak lelaki itu ada menghantar sms kepada Salina untuk berterima kasih kepada Kiera dan dia mungkin tidak tahu apa akan terjadi jika Kiera tiada di situ.

Salina ada bertanyakan anaknya kenapa dia berbuat begitu, Kiera menjawab dia mahu jadi Super Girl dan sayangkan abang. Salina pelakon Gerak Khas terharu dan berbangga anaknya jadi contoh masyarakat.

Ini gambar anak Salina Saibi , Kiera yang jadi Super Girl tu..berani macam mak dia jugak lah..macam dalam Gerak Khas..memang tengok gaya Kiera ni sukakan aktiviti lasak..mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..

Kiera

 

Boleh ganti mak dia dalam Gerak Khas

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kiera Anak Salina Saibi Berani Selamatkan Budak Hampir Lemas”

  1. akubiomed says:

    Memang berani untuk kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun.
    akubiomed recently posted..Berita terkini daripada bilik gerakan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold