Keputusan SPM Najwa Latif dan Adik Pelakon Erin Malik

Keputusan SPM sudah keluar pada Khamis lalu, tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dan cemerlang dan bagi yang kurang bernasib baik jangan putus asa. Artis remaja Najwa Latif dan adik kepada pelakon Erin Malik juga turut mengetahui keputusan SPM mereka. Najwa Latif bersyukur dapat 4A dan Erin Malik, di akaun twitternya pula, berkongsi kejayaan cemerlang adiknya Nurafiqah Malik yang mendapat 9A .
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, bagaimanapun tidak hadir untuk mengambil slip keputusan peperiksaannya tetapi diambil oleh kakak beliau iaitu Syafikah.

 

Syafiqah datang seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti untuk mengambil slip keputusan tersebut.

komen Najwa,

“Saya terlalu takut sehingga tidak mahu ke sekolah untuk mengambilnya, saya cuba mendapatkannya melalui dalam talian tetapi tidak berjaya.

” Namun selepas kakak telefon beritahu bahawa saya dapat 4A baru saya rasa lega kerana saya menjangkakan kurang daripada itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online’

Najwa mendapat A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik serta lulus dalam enam mata pelajaran lain.

“Saya merancang untuk sambung pelajaran selepas ini di universiti, Insyaallah bulan Jun baru keluar keputusan permohonan untuk kemasukan ke universiti.

“Kalau boleh harapan saya adalah untuk menjadi pensyarah Bahasa Inggeris suatu hari nanti.

 ********************

Bagi yang adik adik kurang berjaya jangan putus asa, SPM bukan penamat segala-galanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Keputusan SPM Najwa Latif dan Adik Pelakon Erin Malik”

  1. akubiomed says:

    Tanniah buat Najwa tentu berdebar menanti keputusan. :-)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold