Jet Pejuang Lepaskan Bom di Lahad Datu

Perkembangan mengenai pencerobohan di Lahad Datu, pihak pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kawasan tertentu di Lahad Datu sekitar jam 7 pagi.

Petikan Berita Harian

Kedengaran beberapa letupan bom dipercayai daripada jet pejuang tentera dijatuhkan di Kampung Tanduo, dekat sini yang menjadi lokasi persembunyian kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina.

Sejak jam 7 pagi tadi, kedengaran empat kali bunyi bom dari hotel wartawan yang membuat liputan yang terletak kira-kira 20 km dari lokasi kejadian.

Awal pagi ini, wartawan Bernama yang berada di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo turut mendengar beberapa letupan yang menggegarkan perkampungan itu.

Beberapa jet pejuang dan helikopter dilihat turut berlegar di ruang udara kawasan itu dan orang ramai tidak dibenar menghampiri kawasan operasi.

Bernama melaporkan serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera.

Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.

Sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Lahad Datu

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pada masa ini pasukan keselamatan menggerakkan anggota komando, tentera dan Pasukan Gerakan Am (polis) untuk menjalankan tindakan susulan dan penggeledahan di beberapa rumah di kawasan itu.

Ketua Polis Negara turut menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian mengenai operasi itu khususnya berkenaan jumlah kematian atau mereka yang cedera.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Jet Pejuang Lepaskan Bom di Lahad Datu”

  1. Semoga Allah s.w.t selamatkan rakyat di Sabah dari bencana yang melanda di sana sekarang, amin

  2. Norizwan says:

    serangan secara ‘offensive’…tiada rundingan….tembak ajer, nyah ko penceroboh…
    Norizwan recently posted..Permulaan 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold