Bangkitnya Seorang Perempuan :Anzalna Jadi Mekanik

Selalu tengok drama Anzalna jadi perempuan menggoda yang jahat atau perempuan ayu, macam mana le gaya kalau Anzalna jadiĀ  mekanik, mekanik yang ayu ..hehehe!! mesti ramai nak hantar kereta walaupun tak rosak.. Anzalna memegang watak sebagai Balqish dalam drama Bangkitnya Seorang Perempuan ( slot Samarinda) yang teraniaya dan kemudian bangkit semula memperjuangkan hidupnya.

Sinopsis


Kisah Bangkitnya Seorang Perempuan bermula dari percintaan Balqish (Anzalna Nasir) dan Radzi (Ryzal Jaafar) yang tidak kesampaian setelah Radzi dikahwinkan dengan anak ketua kampung iaitu Zila (Faradhiya). Balqish yang cuba menerima kenyataan tersebut mula menjauhkan diri dari Radzi tetapi Radzi tidak rela melihat lelaki lain mendampingi bekas kekasihnya itu. Balqish, seorang gadis berusia pertengahan 20an cukup disenangi penduduk kampung kerana sikap ramah, riang dan mempunyai kebolehan menjahit.

Suatu hari, Radzi berpura-pura mahu menempah baju di rumah Balqish sebelum memperdaya merogol gadis ini di kawasan semak berhampiran. Sejak itu, Balqish berubah menjadi seorang yang sering termenung dan mengurungkan diri dari orang lain serta kadangkala menjerit selepas diganggu mimpi ngeri. Pernah ditanya oleh ibunya, Mak Shidah (Haleeda), siapakah yang sanggup melakukan perbuatan keji ini. Apabila Balqish menjawab Radzi, sukar untuk Mak Shidah percaya.
Balqish tak tahan dihina oleh orang kampung, kemudian dia melarikan diri ke bandar dengan dibantu oleh rakannya Misya (Eina Azman) yang meruapak seorang pelacur. Misya mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk itu tetapi Balqish enggan mengikut jejak Misya dan akhirnya dia bertemu Khatijah (Dynas Mokhtar) pengusaha bengkel kereta. Bermulalah hidupnya sebagai mekanik…nak tahu lagi kisahnya…ikuti di Samarinda Tv3 , 12 episod semuanya.

Pelakon : Anzalna Nasir, Afiq Muiz, Ryzal Jaafar, Faradhiya, Eina Azman, Dynas Mokhtar, Riezman Khuzaimi, Haleeda Mazlin dan Amar Baharin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Bangkitnya Seorang Perempuan :Anzalna Jadi Mekanik”

  1. Mama Hanim says:

    macam menarik je citer ni kan.. boleh tgk ni, anzalna jadi mekanik cmne agaknya..hehe.
    Mama Hanim recently posted..Lahirnya Kembar Husna Dan Hanis Alhamdulillah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold