ATM Sudah Bersiap Sedia Untuk Hadapi Penceroboh di Lahad Datu

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah bersiap sedia menghadapi penceroboh penceroboh di Lahad Datu. Dua  Batalion Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sudah tiba di Lahad Datu semalam bagi menamatkan penceroboh Kesultanan Sulu yang masuk ke beberapa tempat di Sabah. Anggota penembak tepat Tentera Darat sudah ditempatkan di beberapa lokasi strategik berdekatan untuk bersiap sedia menghadapi musuh.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dilaporkan berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dikerah hari ini ke beberapa lokasi di sekitar pantai timur Sabah.
Seramai 6 anggota polis telah terkorban dan 6 juga anggota kumpulan bersenjata yang menceroboh maut. Enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna. Jenazah semua anggota polis yang terkorban itu akan diterbangkan ke kampung halaman masing-masing dari Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 1 tengah hari ini.

 

Sekumpulan tentera daripada 21 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem 8 Briged Pengkalan Chepa berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa

Petikan dari Utusan Malaysia
Pasukan keselamatan yang terdiri daripada pasukan tentera dan polis mempunyai perancangan dan strategi mantap serta mampu menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo di sini yang telah berlarutan selama 19 hari.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain berkata, pihaknya juga sentiasa bersedia dan mampu berhadapan dengan apa sahaja situasi yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya juga sentiasa berwaspada dan tidak memandang rendah pasukan penceroboh yang dilihat mempunyai pengalaman bertempur selain taktik serangan gerila yang baik.
“Kita mempunyai rancangan dan kita tidak boleh terus masuk tetapi apa yang penting kita telah mengepung dan mereka sentiasa dalam perhatian kita.

“Lokasi mereka adalah di pusat yang mempunyai penembak tepat dan sebagainya, jadi mereka tahu kita tidak mampu masuk tanpa risiko kecederaan memandangkan kawasan berkenaan adalah terbuka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
********************
Semoga para pejuang kita selamat dan semoga Malaysia dilindungi dari bahaya dan musuh. Sama sama kita doakan kejayaan pada pasukan pejuang kita yang berada di perbatasan.
Artikel berkaitan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “ATM Sudah Bersiap Sedia Untuk Hadapi Penceroboh di Lahad Datu”

  1. Semoga diberi kekuatan untuk melawan penceroboh

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold