Aidil Pernah Menangis Kerana Dipaksa Bercerai Dengan Rita Rudaini

Masih belum selesai kes rumahtanggan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan, kes mereka masih dibicarakan di mahkamah, dan bukan menjadi rahsia lagi kisah pergolakan rumahtanggan mereka. Melalui laman web murai.com.my semalam, Rita ditemui berkata, ada orang tengah yang memaksa suaminya bercerai dengannya.

“Saya tidak setuju untuk bercerai dengannya, kerana saya mahu memperjuangkan hak saya sebagai seorang isteri dan hak anak-anak kami.

“Nak lafaz cerai itu memang senang, tetapi cubalah fikir dulu dan selesaikan tanggungjawab yang masih lagi tertangguh,”

“Rumahtangga saya telah diatur oleh orang lain dan orang itu datang dari keluarga Aidil sendiri. Aidil pernah membuat pengakuan pada saya.

“Dia juga pernah menangis kerana dia telah dipaksa oleh orang berkenaan untuk bercerai dengan saya.

“Oleh kerana itu juga, saya telah ambil masa dua bulan untuk menerimanya semula sebagai suami.

“Dari situlah, saya berikan kata putus kepada Aidil dengan meletakkan syarat agar rumahtangga saya tidak diatur oleh orang lain,”

“Dari dulu lagi, memang ada orang lain yang cuba masuk campur.

“Kami pernah berbincang dan saya juga telah tegaskan kepadanya jangan melibatkan orang lain dalam hal rumahtangga.

“Apapun, saya tahu dia masih lagi muda. Semasa kahwin pun, saya banyak mengikut cakap dia saja.

“Malah, setiap kali saya mendapat tawaran berlakon drama baru, saya akan minta pendapat daripadanya.

“Saya mahukan keluarga bahagia. Saya perlukan pendapat dari seorang suami. Kalau saya nak keluar ke Giant depan rumah pun, saya akan minta izin daripadanya,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold