Aeril Zafril Akui Dia dan Christina Ricci Berpasangan Dalam Filem Hollywood

Biar betul! terkejut jugak admin baca pasal  pelakon Aeril Zafril yang berpasangan dengan seorang pelakon Hollywood untuk sebuah filem romantik. Aeril mengakui memang gambar itu dia dan Christina Ricci . Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun dia tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai filem itu kerana terikat dengan perjanjian dengan pihak produser.Filem apakah agaknya ye, dan ada usahasama dengan Malaysia kah sampai Aeril Zafril yang terpilih jadi pelakon dalam filem tu?

Hasil google ada satu filem yang menggandingkan Sharon Stone dan Christina Ricci , namanya Mother’s Day , bakal dikeluarkan tahun 2013 bulan Mei.

Kata Aeril  dipetik dari Malaysian Digest,

“Seorang kenalan saya di London meminta saya menghantar profil kerjaya saya pada tahun lalu dan tidak lama kemudian pihak produser terus menghubungi saya kerana mendapati saya menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak itu.

“Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun tidak banyak boleh saya perkatakan di sini kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produser,

“Saya akui memang benar pelakon lelaki di samping Christina (Ricci) dalam gambar itu diri saya. Ia satu babak daripada video muzik lagu tema untuk filem terbabit yang masih belum ada judul rasmi. Penggambaran video muzik itu dirakamkan pada awal tahun ini.

“Saya rasa macam bermimpi apabila dapat berlakon dengan produksi Hollywood selain pelakon besar seperti Christina dan Sharon,”

Christina Ricci pernah berlakon dalam filem Casper(1995), Monster (2003) bersama Charlize Theron.

p/s : harap harap jangan filem murahan sudah le..dan Aeril hanya sekadar tempelan, macam Adi Putra dalam Don tapi tak dengar suara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold