Aaron Aziz Jadi Cikgu Malik dalam Oh My English

Selepas mencipta kejayaan besar dalam musim pertama, Oh My English masuk musim kedua, dengan menampilkan muka muka baru dan pelakon popular seperti Aaron Aziz, Tiz Zaqyah, Lisa Surihani dan Shafie Naswip yang bakal mencipta kejayaan besar lagi & menjadi fenomena baru. Sebelum ni Oh My English dapat menarik penonton seramai lebih 3.6 juta, lebih 8.4 juta menontonnya di YouTube dan 430,000 peminat di Facebook.

Peminat pasti rindukan cikgu Henry Middleton, gelagat pelajar tingkatan 3 Merah yang nakal mengusik cikgu Henry. Kini pelajar akan berdepan dengan cikgu Malik (Aaron Aziz) yang bertubuh sasa, agak agak berani tak budak2 tu nak loyar buruk dengan cikgu Malik ni pula… :)

Aaron Aziz memegang watak sebagai Cikgu Malik (nampak macam cikgu sukan ) dan Tiz Zaqyah pula sebagai cikgu Ayu dalam Oh My English. Siapa yang tak suka tengok kalau ada cikgu hensem cam Aaron Aziz kan, kalau kat sekolah dulu cikgu berwajah kacak dan cikgu perempuan yang ayu memang budak budak suka ..sampai nak ngorat pun ada :)

Selain itu siri kedua Oh My English turut mengekalkan karakter-karakter lama dalam kelas 3 Merah iaitu Jibam (Akhmal Nazrin), See Yew Soon (Roax Tan), Shafiq (Aedy Ashraf), Azlin( Izara Aishah, dan cikgu Henry Middleton (Zain Saidin).

Pelakon Nur Fazura, Aznil Hj Nawawi, Yus Jambu, Rozita Che Wan, Lisa SurihaniĀ  terlibat dalam rancangan ini sebagai pelakon undangan. Semua pelakon pelakon ini telah dipilih oleh penonton setia Oh My English dan mendapat undian secara online.

Jangan lupa tontonĀ  episod pertama Oh My English! Pada 31 Mac ini (Ahad), pukul 7.30 malam di Astro TVIQ (610)

dan Astro Mustika HD (134).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Aaron Aziz Jadi Cikgu Malik dalam Oh My English”

  1. akubiomed says:

    Penampilan Aaron Aziz mampu menarik minat semua peringkat umur terutama wanita lah. :-)
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – Tribute Lahad Datu

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold