(Video) Trak Berisi Mercun Meletup Musnahkan Lebuhraya di China

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 11 lagi cedera apabila sebuah trak sarat dengan bunga api untuk sambutan Tahun Baru meletup di sebatang lebuh raya bertingkat di tengah China semalam.

Kejadian menyebabkan sebahagian lebuh raya di Mianchi, wilayah Henan musnah manakala 25 kenderaan terhumban kira-kira 30 meter ke bawah.

 

Agensi berita Xinhua, yang memetik kenyataan pihak bomba melaporkan sembilan orang disahkan terbunuh namun hanya enam daripada 25 kenderaan yang terhumban ditemui.

Kejadian  berlaku 90 kilometer ke barat Luoyang, ibu kota purba China yang dikenali dengan patung Buddha yang terukir daripada batu kapur.

Bunga api amat popular sempena sambutan Tahun Baru Cina. Bagi memenuhi permintaan, bunga api dibuat, dihantar dan disimpan dengan kuantiti banyak, dalam keadaan tidak selamat.

Beberapa kejadian kemalangan berlaku pada 2006 dan hari pertama Tahun Baru, sebuah gudang bunga api meletup di sebuah kuil di Henan membunuh 36 orang dan mencederakan berpuluh yang lain. – AP

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold