Surat Terbuka Shila Amzah Memohon Maaf Pada Sharnaaz Ahmad

Shila Amzah anak kepada Nd Lala dan juga kekasih pada Sharnaz Ahmad telah menulis surat terbuka permohonan maaf kepada Sharnaaz Ahmad di atas apa yang berlaku antara kekasihnya tu dan bapanya Nd Lala. Kecoh di media, Nd lala enggan bersemuka dengan Sharnaaz Ahmad dan enggan menerima permintaan Sharnaaz untuk merisik anaknya. Sharnaaz pula masih berharap untuk memperisterikan Shila walaupun dia tahu keadaan sangat sukar.

Shila pula yang sibuk dengan jadual di China telah menghantar surat terbuka memohon maaf atas apa yang terjadi dan diutuskan kepada pihak media. Sementara tu, Sharnaaz terasa hati dengan tindakan Shila yang menggunakan media sebagai perantara dan bukan bersemuka menyelesaikan masalah mereka.

Kandungan surat terbuka Shila Amzah yang dihantar pada media

Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada shila.
Tujuan shila menulis surat ini, sebab shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama shila berdiam diri.

Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa shila dan kenapa mereka begitu menjaga shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati shila.Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

Tentang sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi.Terima kasih kerana melayan shila dengan baik selama hari ini.Janganlah semua menghukum sharnaaz atas kenyataannya, Dia tidak sepenuhnya bersalah.Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua “damage” yang telah berlaku kepada sharnaaz dan familinya.

Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa shila, sebagai seorang kekasih kepada sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya. Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar.Seandainya ia baik untuk shila maka dekatkan lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk shila maka jauhkan lah.
Jodoh, pertemuan, Ajal dan maut di tangan Allah SWT.Shila berdoa agar semua berdamai.Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku. Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati .Demi Allah shila sangat sayangkan anda semua.

 

sumber :murai.com.my

Artikel lain: Sharnaaz Terasa Hati Shila Hantar Surat Pada Media

Shila luah perasaan di Twitter berharap Sharnaaz dan bapanya berbaik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold