Shila Amzah Jelaskan Dia Tak Hilang + Sharnaaz Jauhkan Diri dari Shila

Selepas 7 hari menghilangkan diri hingga memaksa bapanya Nd Lala membuat laporan polis, Shila akhirnya ditemui selamat di Kemaman. Shila hadir di Pulau Pinang semalam untuk membuat persembahan di Sekolah Han Chiang sempena Tahun Baru Cina. Shila menjelaskan dia tidak hilangkan diri cuma mahu mencari ketenangan saja.

“Awak tidak tahu apa yang telah saya lalui. Saya tidak melarikan diri. Saya cuma perlukan ketenangan fikiran, jauh dari orang-orang ini.

“Kenapa saya tak boleh? Beritahu saya,” tulis Shila pada jam 4.32 petang tadi.

Shila juga menegaskan sekali lagi bahawa dirinya tidak hilang.

“Sekali lagi, Sha tak hilang,” tulisnya lagi.

Melalui tweetnya juga, Shila difahamkan kini berada di Pulau Pinang bagi persembahannya pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN), esok.

“Saya suka berada di Pulau Pinang… terasa seperti di rumah,” tulisnya jam 10.04 malam tadi.

Juara Asian Wave ini juga tidak bersetuju dengan tindakan ND Lala yang membuat laporan polis berhubung kehilangannya.

“Laporan polis itu memang tidak seharusnya berlaku. Sigh (mengeluh),” tulisnya dalam mesej terbaru sekitar jam 10.20 malam.

Berhubung kehilangannya, Shila dikatakan hanya menghantar satu pesanan kepada keluarganya yang mengatakan dirinya selamat.

sumber Sinar Harian

 

Sharnaaz Jauhkan Diri dari Shila

Sharnaaz Ahmad pula diminta memberikan komen mengenai kehilangan Shila tetapi dia enggan memberikan sebarang kenyataan, Pelakon filem Juvana itu berkata dia tidak mahu lagi memberikan sebarang komen mengenai perkara yang berkaitan dengan Shila.

“Saya sudah tidak mahu cakap apa-apa. Selepas apa yang berlaku, saya sudah malas hendak komen lagi,” jawabnya ringkas.

Terbaharu, ND Lala tampil membuat kenyataan pada rancangan Melodi yang disiarkan pada Ahad di TV3, melarang aktor itu mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya dan Shila bagi mengelakkan prasangka dan fitnah yang berterusan.

ND Lala berkata, kenyataan Sharnaaz, selama ini bukan sahaja mencemarkan namanya tetapi turut memalukan keluarga.

Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.

Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.

Shila yang ‘melarikan’ diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.

Ditanya adakah dia menghubungi atau berjumpa dengan penyanyi itu, Sharnaaz berkata, dia lebih senang menjauhkan diri selepas apa yang berlaku.

“Memang sudah malas (berhubung) selepas apa yang berlaku. Saya tidak jumpa atau hubungi dia sebab saya sudah jauhkan diri,” jelasnya.

 

sumber : Mstar online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold