Shila Amzah Hilang Nd Lala Lapor Polis

Berita dari akhbar Berita Harian pasal Shila Amzah hilang,  agak mengejutkan berbunyi, “Nd Lala lapor polis Shila Amzah Hilang”. Sebelum ini berlaku kemelut antara bapa Shila Amzah dengan kekasihnya Sharnaaz Ahmad. Shila Amzah memuat naik satu video bertajuk  “Pesanan Shila pada  semua” dan meluahkan perasaan yang dia merindukan keluarganya dan meminta maaf pada semua peminat. (berita berkaitan dikemaskini di bawah ni)

Shila Amzah dilaporkan telah menghilang diri buat seketika kerana mahu bersendirian sepertimana yang ditulisnya di dalam twitter pada 6 Februari 2013 yang lalu.

Sumber Berita Harian

Penyanyi popular Shila Amzah , 23 dilaporkan hilang sejak enam hari lalu. Laporan polis kehilangan penyanyi itu dibuat oleh bapanya ND Lala.  Nd lala atau nama sebenar Amir Amzah Salleh, 52 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis IPD Kajang kira-kira jam 10 pagi semalam. Laporan dibuat selepas semua usaha untuk mengesan anak perempuannya menemui jalan buntu.

Difahamkan kehilangan Shila sejurus selepas kembali dari mengikuti promosi di Shanghai minggu lalu, ada kaitan dengan kontroversi
percintaanya dengan Sharnaaz Ahmad 28, yang dihalang ibu bapanya.

Menurut ND lala, sepanjang kehilangan anaknya itu, Shila hanya menghantar sms dan memaklumkan dia selamat dan berada di satu lokasi yang tidak dinyatakan untuk mencari ketenangan fikiran.

Nd lala percaya Shila masih lagi dalam negara, kerana my Kad dan paspport Shila masih lagi dalam  simpanannya.  Begitulah penjelasan Nd lala berhubung laporannya. Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab RAshid Ab Wahab yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya sudah memulakan gerakan untuk mengesan penyanyi tersebut.

“Kita akan merekod keterangan beberapa individu yang nama mereka dinyatakan dalam laporan yang dibuat bapanya” kata Asisten Komisioner Ab Rashid.
Difahamkan antara nama yang dinyatakan dalam laporan polis itu termasuk teman lelakinya Sharnaaz.
Sharnaaz terkejut Shila hilang
Sharnaaz yang dibubungi , terkejut apabila dimaklumkan mengenai kehilangan Shila dan mengenai laporan polis yang dibuat.
Beliau ketika ini sedang mengikuti pengambaran di Kuala Selangor enggan mengulas lanjut , namun kali terkahir dia berhubung
dengan Shila ialah minggu lalu selepas Shila pulang dari Shanghai.

 

 

 

kata-kata Shila dalam video Pesanan Shila pada semua,

“Assamualaikum semua. Sha harap semua okey..Sha minta maaf sebab timbulkan kerisauan pada semua. Sha…(dengan suara tersekat-sekat, dan kemudian berhenti dan menangis) mak…abah.. Sha minta maaf sangat eh.. Sha rindu sangat pada semua orang….

Kemudian, sambil mengalirkan air mata, Shila Amzah telah membawakan lagu Ombak Rindu….

Twitter Shila Amzah yang berbunyi

“Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat untuk mencari ketenangan..not with my family anymore or with abang..doakan sha selamat..”

 

 

Pada 11 Feb ini juga diberitakan Shila Amzah juga akan turut serta dalam persembahan di Pulau Pinang sempena Tahun Baru Cina dan penyanyi dari Korea Psy antara yang dijemput khas untuk persembahan di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional di Kolej Han Chiang.

 

Berita terkini: Shila Amzah ditemui di Kemaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold