Shila Amzah Ditemui Berada di Kemaman

Ini berita terkini mengenai Shila Amzah yang dilaporkan hilang , dari akhbar Berita Harian, Shila Amzah telah ditemui semula,

Petikan berita penuh

Penyanyi terkenal, Shila Amzah, 23, yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lalu ditemui di Kemaman, Terengganu, malam kelmarin.
Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu yang juga pemenang Asian Wave 2012 itu ditemui dalam keadaan selamat oleh bapanya.

Difahamkan, penyanyi itu mula menghubungi bapanya bagi mengetahui lokasi persembunyian selepas berita kehilangan penyanyi itu disiarkan BH, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan penemuan penyanyi itu.

“Saya dimaklumkan oleh bapa penyanyi itu sendiri, ND Lala, 53, berhubung penemuan anaknya itu di satu lokasi di Terengganu.

“Dia (Shila) dilaporkan dalam keadaan selamat. Maklumat lanjut berkaitan penyanyi itu boleh menghubungi ND Lala sendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

BH semalam melaporkan, bapa penyanyi yang juga ahli perniagaan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pagi kelmarin selepas hampir seminggu kehilangan anak sulungnya.
Laporan itu dibuat selepas gerakan mencari penyanyi itu menemui jalan buntu. Kehilangan penyanyi itu dipercayai selepas hubungan cintanya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad dikatakan mendapat tentangan bapanya.

sumber : Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Shila Amzah Ditemui Berada di Kemaman”

  1. Mama Hanim says:

    Alhamdulillah dah jumpa tu.. Mesti ND Lala lega sangat kan..
    Mama Hanim recently posted..Ning Baizura Bersalin Anak Lelaki Ryan Sky Dalton

  2. omocute says:

    sygnya lah….bila rezeki mcurah2 dye wat hal…tp kesian dkt mak ayh dia yg lbh mrasa asam garam kehidupan….

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold