Sharnaaz Tidak Akan Hantar Rombongan Merisik

Pelakon Sharnaaz Ahmad bagaikan sudah berputus asa dan kecewa, dia mengambil keputusan untk tidak bercakap lagi mengenai Shila Amzah dan juga tidak akan menghantar rombongan merisik.

Petikan dan Sinar Harian

“Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini.”

Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi,”

“Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya.”

Pelakon filem Juvana ini juga meluahkan perasaan kecewanya terhadap perkara yang berlaku dan mengambil keputusan untuk berhenti bercakap mengenai Shila Amzah.

“Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi.”

Bunyinya seperti sudah merajuk dengan Shila dan juga keluarga kekasihnya tu. Bersabar lah ye mungkin ini dugaan buat anda, kalau ada jodoh tak ke mana..kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold