Sharnaaz Ahmad Terasa Hati Tindakan Shila Hantar Surat Pada Media

Sharnaaz Ahmad kekasih pada Shila Amzah meluahkan perasaan yang dia terasa hati dengan tindakan Shila yang menghantar surat terbuka pada media memohon maaf padanya. Sharnaaz Ahmad terkilan masalah mereka tidak diselesaikan cara bersemuka dan berbincang tetapi menggunakan media sebagai orang tengah hingga menjadi tatapan umum.

Kata Sharnaaz Shila tak matang

“Saya sudah malas nak komen sebenarnya. Pada saya, kenyataan sebegitu (surat) adalah tidak telus dan macam budak-budak.

“Kenapa tidak bersemuka dan duduk berbincang? Saya sudah malas nak ambil pusing mengenai dia, terpulanglah (pada keadaan),”

 

Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila ND Lala dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor itu.

Aktor filem Kerat 14 itu berkata, kenyataan menerusi surat itu seolah-olah memperlihatkan bahawa Shila tidak mampu untuk bersemuka bagi menyelesaikan konflik hubungan mereka.

“Sampai bila dia (Shila) nak dikawal begitu? Hak bersuara dan berfikir adalah hak dia, bukan hak ibu bapanya,”

 

sumber : mstar online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Sharnaaz Ahmad Terasa Hati Tindakan Shila Hantar Surat Pada Media”

  1. Kalau jodoh tak kemana…redho jerlah…
    cik rose cute recently posted..Jangan Taksub Sangat(Setia Hujung Nyawa Sekadar Drama Dari Novel)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold