Sebenarnya Saya Isteri Dia(SSID) Satukan Izzue Islam dan Tiz Zaqyah

Sudah lama menanti siapakah hero dan heroin yang bakal berlakon dalam drama adaptasi novel popular Sebenarnya Saya Isteri Dia (SSID) akhirnya sudah diketahui, heronya ialah Izzue Islam dan heroinnya ialah Tiz Zaqyah. SSID akan ditayangkan di Tv3 dalam slot Zehra. Pengarah drama ialah Raja Ahmad Alauddin. Para pelakon lain yang berlakon dalam drama SSID ni ialah Azlee Khairi, Uqasha Senrose dan Fezrol Khan.

Sudah menjadi trend drama adaptasi novel dapat sambutan luar biasa, dan Tv3 tentunya mahu drama ini tinggi ratingnya dan ditonton ramai, tambahan lagi tajuknya sangat menarik, jalan ceritanya pasal cinta..pelakon pilihan pulak yang hensem dan comel macam Izzue Islam dan Tiz..memang nak lawan Setia Hujung Nyawa le ni :)

Rambut Izzue pun macam Zain Hakimi dah duk terpacak..baju pun ala ala k pop gitu, heroin nya Tiz comel bertudung..

Gambar   Tiz Zaqyah dan Izzue Islam dalam SSID

Novel Sebenarnya Saya Isteri Dia karya Zura Asyfar diminati ramai terutama golongan muda remaja, kisah kahwin paksa juga , mula mula tak suka lepas tu timbul rasa cinta..

Watak watak dalam SSID , Tiz sebagai Syafa Aqira, Izzue sebagai Firash Arshad, Uqasha Senrose sebagai Raina.

Sinopsis SSID

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

“Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau.” – Firash Arshad.

“Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku.” – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

“Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

“Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?” – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

“Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!” –Syafa Aqira.

“Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?” – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Tengok gambar dah boleh agak drama  SSID ni happy ending le

 

p/s: Tak lama lagi nak mai Kampung Girl (Nad Zainal dan Akim ) pulak.. tema kahwin paksa lagi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Sebenarnya Saya Isteri Dia(SSID) Satukan Izzue Islam dan Tiz Zaqyah”

  1. ain says:

    izzue islam cute dan kacak sesuai sangat dengan tiz, kalau Amar dan Nelydia lagi meletop kot

  2. ilham says:

    style sekarang ni novel kahwin paksa remaja suka , penulis pulak semua remaja perempuan je yang bujang banyak tak kahwin lagi… berangan nak kawen paksa dengan lelaki kaya hemsem kot

  3. niaamani says:

    Izzue Islam lagi ok dari Hairul Azreen, Hairul mcm over skit

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold