Rozita Che Wan dan Zain Nafi Kahwin Julai

Setelah heboh berita Rozita Che Wan nak kahwin Julai ini, rupanya ada salah faham, Che Ta dan Zain menafikan setelah keluar berita megenai tarikh kahwin mereka pada Julai ini, kata Che Ta dia tidak langsung memberitahu mengenai tarikh nikah Julai, sebaliknya tarikh itu dicadangkan sendiri oleh wartawan.

Tarikh 7.7.2013 tidak ada kena mengena dengan perkahwinan Che Ta dan Zain pulak terkejut mengenai berita dia bakal kahwini Che Ta Julai ini.

Kata Rozita, tak mungkin dia berkahwin dalam bulan puasa ketika orang sibuk menjalankan ibadah pusasa.

“Sebenarnya, tarikh tu pun tiada kena mengena pada diri saya. Saya tidak terkejut apabila cerita tarikh kahwin ini telah disiarkan di Harian Metro.

“Saya pun tidak terima cadangan itu kerana tarikh yang diberikan tiada berkaitan dengan saya atau pun Zain. Lagi pun, jadual saya penuh sampai Julai ini. Saya rasa tidak sempat untuk berkahwin pada masa itu,” katanya kepada murai.com.my.

Terus merungkai lebih lanjut situasi yang berlaku terhadap tarikh kahwin itu, Che Ta mengakui menjadi mangsa putar belit kenyataan.

“Tidak logik saya nak berkahwin pada tarikh tersebut. Setahu saya, tarikh itu adalah hari pertama kita menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.

“Saya bukannya nak lari dari media apabila ditanya soal kahwin. Apabila saya cakap A dan biasanya yang keluar jadi lain.

“Saya selalu jadi mangsa putar belit statement,”

Zain pula hanya memberitahu dia dan Rozita akan kahwin pada tahun ini juga jika tidak ada halangan.

Emm macam macam kisah mengenai artis dan wartawan..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Rozita Che Wan dan Zain Nafi Kahwin Julai”

  1. akubiomed says:

    Mula-mula nafi ada hubungan intim. Main tarik tali pula.
    akubiomed recently posted..Moroccan Pavillion @ Astaka Morocco aku datang

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold