Rozita Che Wan dan Zain Bakal Nikah Julai Ini

Perkembangan terbaru mengenai pelakon Rozita Che Wan, 42 dan Zain, pasangan itu merancang mahu berkahwin pada Julai ini, tetapi belum menentukan tarikh sebenar. Rozita memberitahu media , sumber mstar online, dia dan Zain Saidin akan terus bernikah tanpa mengikat tali pertunangan terlebih dahulu, memandangkan mereka berdua sudah lama kenal rapat.

Rozita dan Zain di Universal Studio Singapore

Zain, 29, tidak menyangka kekasihnya, Rozita mengambil keputusan cepat untuk berkahwin, mereka belum berincang hal persiapan kerana masing masing sibuk dengan kerjaya lakonan.

Rozita pula memilih Zain kerana Zain dilihat berani membuat keputusan mahu mengahwininya sedangkan lelaki lain hanya meluahkan rasa cinta tetapi tidak mengorak langkah lebih jauh.

Luahan hati Rozita

Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” katanya.

Tambah Rozita, Zain seorang yang berani mengambil langkah mahu mengahwininya berbanding lelaki lain yang sekadar meluahkan rasa cinta.

“Dia seorang yang romantik dan paling penting berani melamar saya. Sesiapa sahaja boleh meluahkan perasaan cinta tapi tidak sepertinya yang berani mengambil langkah seterusnya,”

Ibu kepada Rozita Che Wan juga tidak menghalang dia berkahwin dengan Zain, walaupun usia mereka berbeza jauh iaiatu 13 tahun. Rozita 42 dan Zain 29 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold