PSY Mendarat Dengan Jet Peribadi Di Penang Sempena Tahun Baru Cina

Psy yang popular dengan tarian kuda atau Gangnam Style telah mendarat di Lapangan Terbang Bayan Lepas sekitar jam 7.10 pagi tadi. Psy  kelihatan diringi menuju ke Evergreen Laurel Hotel. Kedatangan Psy ke Penang adalah untuk membuat persembahan  sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN).

Selepas berehat beberapa jam, PSY kelihatan bergerak keluar meninggalkan hotel dengan kereta Toyota Alphard putih sambil diiringi pengawal keselamatan. Psy sebelum itu berada di Brazil dan ada mengemaskini status di twitternya yand beliau akan terbang meninggalkan Brazil tetapi tidak dinyatakan ke mana lokasi seterusnya.

Persembahan tahun baru cina berlangsung di Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang, para hadirin sudah mulai memenuhi kawasan  seawal pagi. Keadaan  sangat sesak sekitar Jalan Masjid Negeri, Jalan Air Itam dan Jalan Datuk Keramat. Beberapa persembahan tarian tradisional dan persembahan artis tempatan seperti Shila Amzah juga turut ada untuk menjayakan majlis tersebut.

Dijangka 80,000 hingga 100,000 orang akan hadir untuk melihat persembahan Oppa Gangnam Style PSY itu. Psy dilaporkan akan mula membuat persembahan pada jam 12.30 nanti.  PSY difahamkan akan terbang ke Korea Selatan selepas selesai membuat persembahan di Malaysia. Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sudah hadir sekitar jam 10.45 pagi tadi di Sekolah Tinggi Han Chiang.

p/s: beribu ribu orang datang nak tengok PM Najib ke PSY ?  :)

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold