Nelydia Senrose Mahu Fokus Pada Pengajian

Nelydia Senrose pelakon yang menjadi heroin dalam drama popular Setia Hujung Nyawa kini mahu kembali fokus kepada pengajiannya di kolej. Dia yang mengambil jurusan Psikologi kembali semula ke kolej dan belajar seperti biasa. Nelydia mulai dikenali ramai dalam drama yang berjaya menarik hampir 4 juta orang penonton, dia memegang watak sebagai Ersalina dan berlakon bersama Amar Asyraf.

Nelydia memberitahu dia mahu fokus pada pelajaran, dipetik dari Rotikaya,

“Selepas ini saya akan kembali menghadiri persiapan ke kuliah seperti biasa untuk meneruskan pelajaran selepas sebulan saya bercuti dan akan kembali fokus kepada pelajaran saya.

“Lebih kurang setahun lagi jangkaan untuk saya menamatkan pengajian saya dalam bidang psikologi. Selepas sekiranya diberi peluang saya akan terus menyambung pelajaran saya dalam bidang yang sama cuma kali ini di luar negara,”

“Alhamdulilah, saya bersyukur kerana drama tersebut diterima ramai dan saya menganggap bahawa itu merupakan salah satu bonus bagi saya untuk terus bekerja dan mengembangkan lagi bakat yang saya ada dalam dunia lakonan,”

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold