Nelydia Senrose Jelaskan Hubungan Rapat Dengan Qi Razali

Nelydia Senrose, 19, pelakon remaja yang semakin popular dikatakan rapat dengan Qi Razali dan ada yang mendakwa hubungan rapat mereka menjadi punca Qi dan Yuna berpisah. Nelydia bagaimanapun memberikan kenyataan menafikan tuduhan dia menjadi punca perpisahan Qi Razali dan Yuna.

Nelydia berkata dia dan Qi hanya rapat sebagai kawan saja dan tak lebih dari itu, Qi menjadi tempat Nely rujukan apabila ada masalah dengan pelajarannya di kolej.

Nelydia Senrose nafi jadi penyebab Qi dan Yuna berpisah

“Saya bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Saya rapat dengan Qi pun baru jer lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik”,
“Saya tak takut dituduh penyebab mereka berpisah sebab saya tak buat apa-apa. Saya pun tak pernah jumpa dengan Yuna sejak cerita ni timbul. Perkara ni saya anggap lumrah sebagai seorang artis.Lagipun saya dan Qi memang hanya sebagai kawan. Saya tak pernah tanya apa-apa pasal kehidupan dia mahupun hubungan cinta dia sebab saya tahu saya tak ada hak nak tanya apa-apa”,

Nelydia menyifatkan Qi, 37, seorang lelaki bijak dan matang dan  Nelydia mengakui lelaki itu merupakan individu yang sering menjadi bahan rujukan berkenaan pelajaran di kolej.
Qi pula mengakui dia memang kenal rapat dengan Nelydia sejak tahun lepas apabila mereka sama sama  terbabit dalam pengambaran drama Friday I’m In Love .
Sumber : Malaysian Digest
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold