Nd Lala vs Sharnaaz Dalam Galaksi Tv9 8 Feb

Tadi sempat tengok Galaksi Tv9 , 8 Feb, menyiarkan apa komen komen Sharnaaz Ahmad dan juga Nd lala tentang konflik yg melanda  mereka. Sharnaaz Ahmad menjawab seperti yang ada dipaparkan di media berkisar isu konflik antara dia dan Nd Lala. Gaya dan jawapan Sharnaaz seperti yang selalu dilihat di media, lantang, tak tapis tapis, memang kena lah

dengan watak yang diberikan pada dia dalam Juvana, Lan Todak yang ganasss. Jawapan pun ganas ganas je..tapi dia tetap yakin itulah diri dia sendiri dan tak nak hipokrit.

“saya bangga ikut perangai bapa saya smp mati orang ingat bapa saya sbb jujur

Soalan Kiah, sama ada benar ke tak, Sharnaaz ada pukul Shila? Sharnaaz kata tunjuklah gambar bukti kalau ada..dia pun ada banyak gambar…kalau betul pun dia pukul Shila…mesti ada sebab dia buat macam tu. ( fuhh statement ganaz gile)

Takut pulak tengok gaya Sharnaaz macam bagi warning je kat Nd Lala masa part akhir sesi temubual dgn Kiah Propa tu.

Sharnaaz diminta menyampaikan mesej pada Shila, kata Sharnaaz , ingat..siapa yang selalu bagi support dan sokongan pada dia(Shila) selama ni. ( rasanya parent Shila lagi banyak berkorban kot selama umur Shila ni…ye tak Sharnaaz?)

Sharnaaz mengulangi ayat yang kebenaran pasti jua akan datang akhirnya.

Berlainan pula dengan temubual Nas Ahmad dan Nd lala, bapa Shila Amzah tetap tenang dan masih tersenyum, setiap jawapan yang diajukan oleh wartawan dijawab dengan baik , tak melenting dan tak berang seperti yang ditulis oleh media sebelum ini.

Email  yang dihantar pada media tidak cukup menunjukkan dia berang.

Mengenai soal merisik, Nd lala bertegas yang tidak ada perbincangan mahu merisik oleh sebelah pihak lelaki dengan pihak keluarganya sebelum ini, dan bagaimana timbul soal nak merisik.

Nd lala berpendapat orang yang bercinta selalunya fikiran akan bercelaru, dia sedar yang anaknya yang sedang bercinta dan apabila dilanda masalah akan bertindak ikut emosi yang tak waras, segala jawapan pun tidak dari fikirannya dan diri sebenar.

Mengenai soalan benarkah Shila Amzah didakwa dipukul oleh Sharnaaz hingga berdarah.. Nd lala menjawab, baik wartawan bertanyakan hal itu kepada pihak yang sebenar, dan dia tidak dapat memberikan jawapan kerana tidak nampak kejadian itu.

Dia juga tidak berhak memberi nasihat atau memberi komen mengenai perangai orang lain, cukuplah tingkah laku dan kata-kata orang itu  yang akan mencerminkan peribadi sendiri.

Nd Lala  masih lagi yakin Shila dapat menghadapi dugaan sekarang yang melanda…kerana sebelum ini Shila sudah hadapi dugaan lebih besar untuk berjaya.

 

gambar printscreen yang dipaparkan di Galaksi tv9, seperti pergaduhan Shila dan Sharnaaz dalam hp.

 

Video Shila nyanyi sambil menangis di u tube

inilah jadinya bila menggunakan media sahaja sebagai perantara, memberikan kenyataan di media tanpa bersemuka, biarpun mereka artis tetapi apabila semua benda nak dikongsi di media, ini lah jadinya

Sharnaaz nak merisik pun keluar di media, nak jadikan bakal isteri pun keluar kat media,

Nd lala pun jawab kat media

Shila Amzah pun menangis dan luah perasaan sedih pun kat media

ada banyak lagi artis yang bercinta dan akhirnya kahwin..tak kecoh mcm ni..huhuhu

 

Artikel lain: Pelakon Fauziah Nawi nasihat pasangan bercinta agar jangan derhaka pada ibu bapa

Shila Amzah luah perasaan harap bapa dan Sharnaaz berbaik semula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Nd Lala vs Sharnaaz Dalam Galaksi Tv9 8 Feb”

  1. atie lee says:

    she deserves better!

  2. nikki9 says:

    heran aku Shila masih nak kan jantan keparat ni. jawapan pun samseng, siap warning orang..mcm rempit tepi jalan je

  3. emran says:

    Shila masih muda, banyak lagi pilihan yang baik untuk jadikan suami. Keputusan dan pilihan keluarga ada juga baiknya, mereka tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Bapa dia mesti nak Shila berjaya ,2, 3 tahun lagi barulah fikir soal kahwin..jika bersabar mesti tak jadi masalah ni

  4. ahs says:

    sharnaaz 2 pun satu.tak reti nak hormat org tua ke.hish
    ahs recently posted..Semua ni milik Allah #2

  5. adoyai kadang2 pelik jugak tengok orang bercinta ni,semuanya indah bila bersama,tapi dah jadi semacam bencana bila berpisah..dunia..dunia
    janajutawansiber recently posted..The Benefits Of Cloud Bookkeeping

  6. akubiomed says:

    Apabila gila bercinta fikiran agak bercelaru. Apa pun jangan sesekali membelakangi keluarga kerana mereka kita dilahirkan didunia ini.

  7. ayop says:

    Si sharnaaz ni dah gila babi ke hape? Kata bakal isteri dan sayang kat Shila tapi maki hamun mcm orang tak gi sekolah dan takde agama. Apa punya lelakilah mcm ni. Ni kalau dah kawin sure Shila kena sepak terajang…tak gentleman langsung…baik tak pyh layan, buang je jauh2.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold