Najwa Latif Mahu Jadi Pensyarah

Penyanyi Najwa Latiff, 18, yang popular dengan lagu Kosong, berhasrat menyambung pengajiannya dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Najwa yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lepas berkata, dia berhasrat untuk meneruskan pengajian itu di universiti tempatan.

“Insya-Allah, saya harap keputusan yang bakal keluar awal Mac ini berpihak kepada saya. Sewaktu peperiksaan percubaan saya mendapat 5A.

“Lagipun sewaktu peperiksaan SPM, saya telah berikan yang terbaik dan berdoa agar keputusan yang diterima juga baik,” katanya penuh yakin.

Dia yang ditemui pada majlis pelancaran stesen radio Pi Mai FM di sini, semalam, berkata, hasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang TESL dibuat kerana impiannya yang ingin menjadi seorang pensyarah atau guru.

“Sejak dulu saya bercita-cita menjadi pendidik seperti ibu yang menabur bakti kepada anak bangsa,” katanya yang tetap akan meneruskan aktiviti seni
sumber : Utusan Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Najwa Latif Mahu Jadi Pensyarah”

  1. akubiomed says:

    Wah hebat juga keputusan percubaan beliau.
    akubiomed recently posted..Blogger perlu membaca ini semua poyo

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold