Mohd Mentor Dituduh Merogol Selepas Tolak Ajakan Kahwin

Penyanyi yang menjadi juara Mentor musim 4 (protege Ziana Zain) telah ditahan atas dakwaan merogol teman wanitanya. Mohd dibebaskan dari tahanan reman tanpa ikat jamin ingin membersihkan namanya dan akan membuat sidang media tak lama lagi bagi menjelaskan hal sebenar. Mohd malu dengan kejadian yang menimpanya.

Setelah selesai disiasat polis, Mohd terpaksa menanggung malu dan semua aktiviti pentas dia di batalkan serta merta. Perlantikan dia sebagai Ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas dan inilah adalah peristiwa yang cukup buruk berlaku dalam hidup Mohd.

dipetik dari Media hiburan, Mohd menjelaskan dia telah dituduh merogol selepas enggan berkahwin apabila teman wanitanya tiba tiba mengajak dia berkahwin.

“Memang betul saya sudah dibebaskan selepas ditahan reman tujuh hari tanpa ikat jamin dan buat masa sekarang saya belum berani menjelaskan dengan lebih lanjut lagi kerana perkara ini masih lagi dalam siasatan.
“Tidak dinafikan insiden terbabit menjejaskan periuk nasi saya. Banyak ‘show’ yang telah dibatalkan termasuklah perlantikan saya sebagai duta Kementerian Pengajian Tinggi yang telah ditangguh.
“Selain itu, saya juga perlu menanggung malu kerana orang memandang serong terhadap saya. Ada juga yang bertanya akan kesahihan cerita tersebut, apa yang boleh saya cakap semua masih dalam siasatan.”
Ditanyakan pula sejauh mana hubungannya bersama penyanyi wanita tersebut sehingga tercetusnya insiden seperti yang dilaporkan, Mohd memberitahu;

“Saya tidak pernah bercinta dengannya. Hubungan kami hanya rakan artis. Sebulan kami berkenalan, saya jadi pelik kerana dengan tiba-tiba dia mengajak saya untuk berkahwin dan saya pun jadi musykil. Selepas saya menolak berlakulah seperti apa yang dilaporkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold