Memey dan Norman Hakim dapat anak lelaki, Mohamed Darwisz Hakim

Tahniah diucapkan kepada pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza atas kelahiran bayi lelaki mereka semalam iaitu pada 1 Februari 2 jam 9.55 malam. Memey telah melahirkan rasa syukur kerana telah selamat melahirkan bayi comelnya secara normal.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Doa saya untuk bersalin secara normal dimakbulkan. Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan.

Bayi lelaki Mememy dan Norman ni diberi nama sebagai Mohamed Darwisz Hakim dan ia dilahirkan dua minggu awal dari tarikh Memey dijangkakan bersalin.

Memey Suhaiza dan NormanĀ  telah bernikah pada 24 September 2011 di kediaman keluarga Memey sendiri di Felda Tenggaroh Selatan 1, Johor.

Ini merupakan anak keempat Norman Hakim dan sebelum ini aktor tersebut telah memiliki tiga orang cahaya mata dengan hasil perkahwinan pertamanya bersama Abby Abadi.

sumber :media hiburan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold