Luahan Hati Syamsul Yusof + Anak dan Bapa Sudah Berdamai

Perselisihan faham antara pengarah muda Syamsul Yusof dan bapanya Dato Yusof Haslam telah terungkai, kedua anak beranak itu sudah pun berdamai. Syamsul Yusof di dalam blognya menulis mengenai luahan hatinya dan menjawab mengapa dia mendiamkan diri dari media apabila diasak mengenai hubungan dingin dia dan bapanya.

Tulisannya sangat tulus dan memberi pengajaran kepada kita semua, terutama anak-anak, jika ada perselisiahn faham jangan menjauhkan diri dari ibu bapa, yang penting jangan derhaka pada ibu bapa.

Luahan hati Syamsul dan detik detik semasa Syamsul memohon maaf dari bapanya

Semalam aku bersemuka dengan Papa setelah sekian lama aku berdiam diri dan menjauhkan diri daripadanya.Entah mengapa,bila aku berdepan dengannya kali ini rasa seperti sudah terlalu lama aku tidak tatapi wajahnya yang kulihat semakin dimamah usia dan kerja kerasnya sejak dari muda.Belumpun sempat aku mulakan bait pertama,air mata sudah mencurah-curah keluar dari kelenjar mata.Aku capai tangan kanan papa dan kucium berkali-kali sebelum kurangkul tubuhnya seerat-eratnya.Saat itu bila kehangatan tubuhnya kurasa,aku lemah,selemah-lemahnya.’Lumpuh’ seketika.

Habis berterabur bait-bait kata yang kususun seawalnya untuk kukatakan pada Papa.Aku jadi sebak tak terkata.Aku terangkan pada Papa apa yang terbuku di dada,apa yang ku’simpan’ sekian lama iaitu berkenaan tekanan kerja.Papa senyap seribu bahasa.Namun dalam senyapnya mendengar penjelasanku,aku sedar air matanya bertakung.Selesai aku menerangkan,Papa memberikan kata-kata semangatnya,sekaligus memberi jawapan pada setiap soalan yang kuajukan.Ah sudah cukup lama aku tidak rasa ‘rasa itu’.Rasa damai  dan rasa punya tempat perkongsian selepas Tuhan.

Perbezaan corak dan intensiti kerja aku dan Papa berbeza.Papa walau pada usianya yang hampir mencecah 60 tahun,kudratnya seakan remaja dengan kapasiti tenaga yang entah dari mana datangnya (dari Allah semestinya) mengalahkanku.Kami berdua ‘workaholic’ itu aku tidak nafikan,tetapi dalam pada itu aku masih punya renggang masa untuk diriku juga,tetapi Papa bila dia ‘mula’,intensiti kerjanya tak berganjak,memuncak dari awal hingga akhirnya.Aku pula perlukan sedikit masa untuk ‘memanaskan enjin kereta’ sebelum berderum dan memecut laju.Papa pula dari awalnya lagi sudah memulakan pecutan hingga sampai ke garisan penamat.Itu metaforanya.

Tak perlu aku hurai panjang mengenai perbedaan corak kerja,idealisme aku dan Papa.Yang pastinya,aku orang baru yang masih perlu banyak belajar dari orang lama,terutamanya dari Papa yang berjasa besar mendidikku dan membawaku sejauh ini,tempat aku berdiri hari ini.Terima kasih Papa.

Buat semua rakan media,di sini aku menyusun sepuluh jari,memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kerana ketika isu Papa dan aku sedang hangat,aku tidak berdaya menjawab panggilan dan tidak memberi komentar lanjut berkenaan isu ini.Sungguh,sejujur-jujurnya aku mohon maaf.Aku tidak bermaksud untuk mengenepikan kalian,jauh sekali jadi pengecut kerana aku lazimnya berdepan dan bersemuka bila ada isu-isu berbangkit tentang diri dan karierku seperti sebelum-sebelum ini.Cuma kali ini,isunya terlalu peribadi,isu darah dagingku sendiri yang aku tidak mahu tersalah kata kerana aku berpegang pada kata orang tua-tua “Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya”.Aku harap kalian memaafkan dan memahami.

Konklusiku,jika mahu jadi nombor satu,tahu bumi siapa yang kau pijak,tahu langit siapa yang kau dongak,tahu dari mana asalmu,tahu ke mana hala tujumu,tahu ibubapa dan keluarga sentiasa prioriti utamamu,tetapi tahu saja tidak cukup jika kau tidak jadikannya perilaku.

Buat semua yang membaca,ambil iktibar dari kisahku.Jangan menunggu masa yang lama untuk beritahu mereka,ibubapa kita yang kita sayangkan mereka dan perlukan mereka sampai bila-bila.

Blog Syamsul Yusof

http://prodigiousburnsoul.blogspot.com/

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold