Laksa Ikan Sekoq di Alor Setar Kedah

Laksa Ikan Sekoq antara yang popular di Kedah. Kedai laksa ni mendapat sambutan kerana kelainannya,laksanya ditambah ikan seekor..iaitu ikan kembong/ikan temenung. Itu cara tarikan yang digunakan oleh tuan kedai untuk menarik pelanggan.

Memang tertarik bila melihat nama kedai dan juga melihat ikan rebus seekor dihidangkan di atas laksa. Kenyang meratah ikan.

Lagi istimewa siapa yang makan di kedai ni kalau nak tambah kuah dengan laksa , tiada bayaran dikenakan tetapi kalau nak tambah  ikan kena lah caj ikut saiz ikan.

Kedai  dibuka setiap hari dari pukul 11.30 pagi hingga 7.30 malam dan ditutup pada hari Ahad. Selalunya laksa dah habis sekitar jam 4 petang sebab laku sangat.

Kalau nak ke kedai Laksa Ikan Sekoq, lokasi ialah di Jalan Gangsa Mergong.

Sarapan paling popular di Alor Setar Roti Doll

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold