Lagu baru Shila Amzah Cinta Hati

Shila Amzah sejak putus cinta telah menulis dan mencipta dua buah lagu baru , Masih Ada Cinta dan Cinta Hati. Kedua dua lagu bagaikan menjelaskan perasaan Shila Amzah walaupun tuan empunya badan menafikannya. Shila lebih ceria dan positif , sekarang menumpukan  pada karya muziknya.

Shila komen pasal jodoh

“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, semalam.

“Saya memang sibuk kerana jadual penuh setiap minggu sejak memenangi Asian Wave tahun lalu. Kalau bukan kerana isu itu (kontroversi) pun saya sudah dihambat waktu. Syukur nawaitu mengerjakan umrah sekeluarga bakal terlaksana. Sekembali dari Tanah Suci, baru rakaman album akan disambung semula,”

Shila juga akan mengerjakan umrah bersama keluarganya tak lama lagi.

Video lagu Cinta Hati

sumber Berita Harian

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold