Kerana Sarah -Azalea Tv3 (Lisdawati & Rita Rudaini)

Setelah kira-kira 7 tahun lamanya¬† Lisdawati dan Rita Rudaini bermasam muka , masih ingat tak pergaduhan mereka di set pengambaraan di Georgetown, Pulau Pinang pada tahun 2006…sampai jatuh kolam tu. Akhirnya mereka bersatu kembali dalam drama Kerana Sarah di slot Azalea Tv3 yang akan ditayangkan pada 7 Februari ini.

Drama 20 episod ini menampilkan Rita yang memegang watak Sarah, seorang gadis kampung yang lemah lembut dan sopan santun. Manakala Lisdawati  pula membawa watak antagonis yang bersikap kejam terhadap Sarah. Fauzi Nawawi pun ada sama berlakon dalam drama arahan Murali Abdullah.

Sinopsis Kerana Sarah

Kerana Sarah mengisahkan Nur Sarah, seorang wanita yang telah dinafikan haknya sebagai isteri, ibu, menantu. Kehidupannya begitu derita hanya kerana cintanya terhadap lelaki bernama Emran. Kesabaran menjadi teman setia sehingga ke akhir hayat dan kesinambungan kisahnya kepada anaknya, Nur Efira yang mempunyai personaliti yang kontra dengannya sekaligus merampas kembali kedukaan dan kesalahfahaman yang membelenggui hidup ibunya suatu ketika dulu.

Lakonan, Rita Rudaini, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Ako Mustapfa, Khaty Azean,  Shakila Khoriri, Abdul Fattah Amin, Balkisyh Khan, Afique Hussain, Zuraini Kassim, Suriati Baharom, Zack Kool, Zarina Zainuddin, Laila Nasir, Emily Hanif, Ikwan Khairudin, Aman Nassim, Firdaus Ghufran, Melly Amalin, Mariani Ismai

 

sumber: FB Rita Rudaini

 

 

macam-macam:

Skrip Kerana Sarah dipinda atas permintaan Rita Rudaini

Rita enggan Fauzi Nawawi ada di set ketika dia berlakon

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold