Jawapan Sinis Almy Nadia Mengenai Pertunangan Fizz Fairuz Dengan Azlyn Masiela

Pelakon Almy Nadia yang dulunya bercinta dengan Fizz Fairuz mengakui dia sudah mengetahui hal pertunangan Fizz Fairuz.Selainnya pihak media perlu bertanyakan sendiri mengenai berita pertunangan Fizz Fairuz dengan wanita yang bernama Azlyn atau dengan panggilan Lynn.

Komen sinis Almy Nadia mengenai pertunangan Fizz

“Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz dengan wanita itu. Hanya satu mampu diucapkan, ‘pulang paku ke buah keras’. Fikirkan.

Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia kenapa dia bertunang dan kami berpisah,” katanya.

Tambah Almy dia enggan membuka mulut selagi Fizz tidak memberi sebarang kenyataan.

“Pergi tanya Fizz dulu, kita tengok apa jawapan dia. Kalau dia buka mulut, saya juga sudah bersedia dengan jawapan saya. Berani kerana benar, takut kerana salah.

“Sepanjang bergelar anak seni, saya tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan fikirkanlah. Sekarang ini siapa yang bertunang dan siapa yang ada orang lain.

“Saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang pertunangan itu. Lebih baik tanya Fizz dan keluarganya,”

 

Gambar pertunangan Fizz, 34 dan Azlyn yang tersebar, majlis pertunangan dibuat di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan, Pahang pada Ahad lalu.

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold