Hattan dan Ariane Bakal Kahwin Semula Jun Ini

Bukan lagi kabar angin mengenai penyanyi Hattan yang mahu kahwin semula dengan bekas isterinya Ariane apabila Hattan sendiri mengakui dia akan berkahwin pada Jun ini. Hattan merancang untuk mengadakan majlis itu serentak dengan perkahwinan adik lelakinya iaitu Achem.

Hattan berkahwin dengan Ariane pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 14 tahun.

apa kata Hattan

“Adik saya akan kahwin pada Jun depan. Harap-harap kalau dapat buat sekali pun bagus juga.

“Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja,”

“Saya banyak bermuhasabah diri dan buang ego. Pada awalnya, Arianie berat hati (berkahwin semula) tetapi saya yakinkan dia bahawa saya sudah ubah kesilapan lepas yang garang terhadapnya.

“Setiap kali berjumpa dengan dia, saya rasa sangat bahagia dan seperti jatuh cinta. Insya-Allah saya akan putuskan keputusan ini (kahwin) selepas menunaikan umrah pada Mei depan,”

Tahniah buat Hattan yang akan rujuk semula dengan bekas isterinya setelah bertahun tahun berpisah..itulah yang dinamakan jodoh..walaupun berpisah jika ditakdirkan Allah untuk kembali bersama..pasti akan bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold