Gambar Akad Nikah Liyana Jasmay dan Fathuddin

Hari ini 2hb Feb, Liyana Jasmay sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan dengan 2 kali lafaz. Majlis akad nikah diadakan di Hotel Seri Pacific, Jalan Putra, Kuala Lumpur sekitar jam 10 pagi. Liyana dinikahkan oleh bapanya sendiri.

Seramai kira2 200 orang tetamu hadir, Liyana kelihatan ayu mengenakan busana putih rekaan Jovian Mandagi manakala Fathuddin pula segak berbaju melayu putih.

Majlis yang berlangsung di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel ini menyaksikan pihak lelaki menghantar 5 dulang hantaran berupa seutas gelang emas sebagai mas kahwin berjumlah RM5, 500, tas tangan, wang hantaran berjumlah RM28,300.88, seutas rantai emas & cincin serta sepasang anting-anting.

Manakala, pihak perempuan pula membalas dengan 7 dulang hantaran berupa sepasang kasut Prada, dompet, jam tangan Tag Heuer, manisan, tepak sirih dan juga cincin.

Untuk pengetahuan, majlis resepsi Liyana Jasmay & Fathuddin akan berlangsung malam ini di Dewan Merdeka, PWTC.

 

Gambar sekitar majlis akad nikah Liyana Jasmay dan Fathuddin , sumber dari Budiey.com

 

 

Budiey.com

Antara artis yang hadir, Marsha Milan, Lisa Surihani, Sharifah Sakinah, Tam, Betty Rahmad dan ramai lagi

Fathuddin sedang bersiap

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold