Fizz Fairuz Putuskan Pertunangan Selepas Ditipu Bertunang Dengan Isteri Orang

Kesian bila baca kisah Fizz Fairuz ni, rupanya Fizz bertunang dengan isteri orang, sebelum ni Fizz bercinta dengan Almy Nadia selama 7 tahun tetapi Ahad lepas dunia hiburan digemparkan dengan pertunangan dia dengan seorang wanita lain. Walaupun begitu Fizz telah putuskan pertunangan selepas dia tersedar yang dirinya tertipu oleh wanita berkenaan yang telah pun berkahwin di Thailand, berstatus isteri orang.

Patutlah Fizz buat benda pelik, sarung cincin sendiri masa bertunang..dan pakai topi mafia masa bertunang..rupanya kena mandrem.

Fizz berkenalan dengan wanita itu tahun lepas. Almy Nadia pernah menasihati kekasihnya itu supaya berubat kerana sepanjang berkenalan dengan Fizz, dia sedar yang Fizz berkelakuan pelik.

Akhirnya sudah terbongkar kisah sebenar mengapa Fizz bertunang mengejut. Memang di zaman sekarang ada ada sahaj kes orang menggunakan ilmu hitam untuk menipu dan menganaiya orang.

Fizz minta maaf pada Almy

“Saya benar benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” ujar Fizz Fairuz kepada Harian Metro hari ini.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku & kehidupan saya seolah olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun yang lalu,” tambahnya lagi.

“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut & menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu yang lalu”

Fizz Fairuz juga tidak menolak kemungkinan semua yang terjadi ketika ini merupakan buatan orang & Almy Nadia sendiri pernah menasihatkan beliau untuk berubat secara alternatif.

“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni . Fizz meminya maaf pada  media kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut”

“Selepas diuji sebegitu, saya tidak lalu makan dan tidur. Saya mohon maaf (kepada media) kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut.”

Fizz akui berasa pelik mengapa baru setahun mengenali Azlyn dia terus bertunang tetapi sukar berbuat demikian dengan Almy Nadia yang sudah dikenalinya selama tujuh tahun. Malah katanya sepanjang bersama Azlyn, dia tidak tahu apa-apa tentang latar belakang, tempat kerja, pendidikan ataupun keluarganya.

Dia juga memberitahu sehari sebelum majlis pertunangannya, dia ditunjukkan petanda musibah apabila tangan kirinya melecur terkena air panas dan kenderaannya rosak dalam perjalanan ke Kuantan. Walaupun tidak mahu bertunang kerana tidak sedap hati tetapi kata Fizz “apakan daya ia sudah pun berlaku”.

Kalau jodoh Fizz dengan Almy Nadia kuat..akhirnya Allah akan temukan juga.

Artikel lain

Jawapan sinis Almy Nadia bila Fizz bertunang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold