Fauziah Nawi Nasihat Pasangan Yang Bercinta Supaya Jangan Derhaka Pada Ibu Bapa

Beberapa minggu ni hiburan tanahair hangat dengan kisah percintaan terhalang Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah, bukan setakat di Malaysia malah di Shanghai pun ada forum terkenal (tieba baidu  )yang  membuat liputan pasal Shila Amzah bintang yang makin menyerlah di sana…walaupun diorang kurang info pasal mengapa Shila bersedih sekarang.

Semalam tengok galaksi Tv9..jawapan jawapan Sharnaaz yang memang pedas dan lantang dan ada juga boleh disifatkan biadap atau kurang ajar…emm tak tau nak kata pe lagi..

Video Shila yang sedang menangis , memohon maaf pada semua kerana masalah yang berlaku padanya sejak kebelakangan ni..Shila pernah twit yang dia sedang mencari ketengan, di satu tempat tanpa keluarga dan kekasih….

Video tu juga mendapat pelbagai respon dan kata kata nasihat…ada pihak yang menasihati tak kurang juga yang memberikan komen negatif. Ada yang berharap Shila dapat pulang ke pangkuan keluarga dan menyelesaikan dengan perkara tu dgn keluarganya cara baik.

Pagi ni ada twit dari pelakon  terkenal Fauziah Nawi pasal pasangan bercinta yang mudah lupa diri..derhaka pada ibu bapa. Mungkin beliau  tidak menujukan pada pihak mana-mana tetapi berunsur kata kata nasihat dan peringatan buat pasangan muda yang asyik masyuk bercinta…agar tidak buta mata dan hati dan lebih sayangkan kekasih hingga sanggup derhaka dan lari dari rumah..

di luar sana ramai pasangan muda sanggup lari tinggal keluarga kerana kononnya sayang sangat pd kekasih , setia dan mahu bersama kekasih…

Lihat twit dari Fauziah Nawi ni

 

 

 

 

 

Artikel lain: Shila luah perasaan di twitter harap bapa dan Sharnaaz berbaik semula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Fauziah Nawi Nasihat Pasangan Yang Bercinta Supaya Jangan Derhaka Pada Ibu Bapa”

  1. akubiomed says:

    Jangan sampai membelakangi orang tua kerana dibutakan oleh cinta.
    akubiomed recently posted..Wireless Trigger Yongnuo RF 603C tertunailah hasrat di hati

  2. Sela says:

    As Salam memang betul apa yang diulas oleh Mama Fauziah..

    Saya sebelum ini mengalami masaalah yg. sama anak saya baru berumur belasan tahun tapi cuba diajar kurang ajar dan buat perkara yang x baik kepada mak bapak dia mengawal (control)… setiap aktiviti kehidupan anak perempuan saya se olah-olah anak saya itu isterinya dan tidak mepunyai mak bapak adik beradik dan saudara mara. Budak lelaki itu x hormat langsung pada kami sebagai mak ayah budak lelaki tersebut dah lama dibuang sekolah bila kita berbincang dengan mak bapak budak lelaki itu mereka memenangi perangai buruk anak mereka. Mcm. sms kata kesat dan ugutan dan beberapa laporan polis kami telah buat dan sebelum ini dah bermacam2 repot polis telah dibuat oleh sekolah perihal kes jenayah. Kami nekad untuk pisahkan mereka dgn. tujuan kami jalankan amanah Allah untuk menghidari jika berlaku perkara maksiat dan apa2 perbuatan yang akan membahayakan keselamatan anak saya sebagai seorang perempuan. Berkawan dengan lelaki sakit jiwa,mental dan kaki panas baran memang mcm. tu. Mereka x hormat anak orang bermakbapak bukan anak orang bukan anak kucing, ibu kucing pun sayangkan anak2nya saya dan suami tidak rela budak lelaki itu nekad untuk berkorban nyawa untuk selamat anak perempuan kami. Biar lah buat masa ini anak saya nampak kesalahan saya dan suami kerana menempatkan dia di tempat pemulihan itu dan berharap suatu hari dia akan merendah hatinya kepda kami kedua mengenang jasa baik menyelamatkan masa depan dan nyawanya apabila dia matang dalam kehidupan. Tapi kini Alhamdullilah anak saya sedang menjalani proses pemulihan dari segi kerohaniah dan jasmaniah…supaya dia menjadi manusia yang berguna kepada,agama,bangsa dan negara. Amin. TKH. Allah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold