Faezah Elai Selamat Lahirkan Anak

Faezah Elai selamat melahirkan anak sulungnya di sebuah pusat perubatan di ibu negara malam tadi. Bagaimanapun jantina anaknya masih belum didedahkan. Suaminya, Heykal Hanifah yang juga pengarah drama, berkongsi berita gembira itu menerusi laman mikro Twitter, malam tadi.

“Alhamdulillah 7.03 malam, sayangku telah selamat bersalin. Syukur padamu Ya ALLAH,” tulisnya kira-kira sejam selepas kelahiran anak sulung mereka.

Mesej itu kemudiannya dibalas Faezah dengan menulis, “alhamdulillah terima kasih atas doanya.” Mereka berkahwin pada 9 September 2011.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold