Budak 13 Tahun Kejar Kereta Untuk Pulangkan RM37,500

Tahniah kepada adik Amir Azizan Hashim yang sanggup kayuh basikal untuk pulangkan beg tangan seorang wanita warga Singapura. Beg tangan wanita itu mengandungi wang bernilai RM37,500 (SG$15,000).  Kejujuran adik Amir Azizan yang baru berusia 13 tahun ini sangat disanjung tinggi. Betapa murninya hati dia, mesti ibu bapanya adik Amir berbangga dengan beliau.

Adik Amir menceritakan kejadian itu berlaku pada awal bulan Januari lalu ketika dia hendak membeli akhbar dan tempat kejadian ialah berhampiran sebuah pasaraya di Taman Soga, Batu Pahat Johor.

Amir bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, dia ditemui pemberita selepas mendapat sijil

penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.
Gambar Amir Azizan pelajar berusia 13 tahun yang berhati murni

Semoga kisah ini juga menjadi pengajaran kepada orang lain, yang bukan hak kita, jangan diambil.

Ini pula kisah orang kutip duit syiling yg jatuh di lebuhraya..macam pesta diorang mengutip duit tu…emmm apa nak jadi, malu kat adik ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Budak 13 Tahun Kejar Kereta Untuk Pulangkan RM37,500”

  1. akubiomed says:

    Beliau seorang yang jujur dan amanah.
    akubiomed recently posted..Moroccan Pavillion @ Astaka Morocco aku datang

  2. Subhanallah…semoga adik ini akan menjadi anak yang soleh dan menjadi contoh pada masa akan datang, amin

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold