Bayi Kena Lambung Amah Sesak Nafas

Mengenai berita bayi yang dilambung amah, terkini, Buletin Tv3 melaporkan  yang bayi didera pembantu rumah/bibik , Mohd Hareez Mohd Zamri telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, pagi tadi akibat sesak nafas.

Ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman berkata, anaknya kini di bawah pengawasan doktor dan keadaannya dilaporkan stabil.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Jasmani Mohd Yusof ketika dihubungi memaklumkan pembantu rumah berkenaan akan didakwa di Mahkamah Kuantan, esok.

Pada 15 Feb lepas, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.
Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada 7.45 pagi.

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold