Azmil Mustafa Tidak Berminat Masuk Politik

Azmil Mustafa, 60 tahun, pelakon utama filem Ali Setan berhijrah meninggalkan gemerlapan dunia seni dan berjinak-jinak dengan bidang dakwah pada sekitar 1998. Dahulu Azmil dengan imej ranggi kerana sering mengenakan seluar jeans koyak, jaket kulit, kemeja-T lusuh, rambut diwarnakan beranika warna. Juga selesa menunggang motosikal scrambler   pada zaman mudanya, satu gaya hidup lepas bebas dunia lelakinya.

Setelah berhijrah ramai pihak mahukan dia memasuki bidang politik, Azmil mengakui UMNO dan Pas ada menawarkan dia untuk menyertai parti politik masing-masing tetapi Azmil mempunyai pendirian sendiri.

“Ya, selepas penghijrahan beberapa tahun lalu, saya akui memang bertubi-tubi menerima pelawaan untuk menyertai UMNO dan Pas.

“Namun begitu, pelawaan tersebut saya terpaksa tolak. Untuk aktif apatah lagi bergelar ahli politik tidak pernah ada dalam rencana hidup saya.

“Biarlah orang lain yang lebih arif dan berminat menyertainya,”

“Mungkin mereka sertai parti politik kerana ada habuan… tetapi bagi saya, kalau lakukan sesuatu perkara hanyalah kerana Allah kerana Allah yang akan memberi habuan,”

“Mendalami agama adalah ketenangan saya. Sudah lama saya tinggalkan gemerlapan dunia glamor sebagai anak wayang.

“Jadi untuk apa saya dedahkan diri saya kepada kekusutan yang lain pula? Politik bukan mudah.

“Biarlah jika rakan lain mahu aktif berpolitik, mungkin mereka ada sesuatu yang mahu dicapai.

“Saya lebih selesa kedamaian hakiki melalui aktiviti-aktiviti ibadah seharian,

sumber :Utusan Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold