Azlyn Massiela Tuduh Fizz Fairuz Berbohong & Kenyataan Balas ‘suami’ Azlyn

Bagaikan drama swasta pulak kisah Fizz Fairuz yang bertunang seminggu dan akhirnya putus dengan Azlyn Massiela seorang wanita berasal dari Pahang. Setelah Fizz Fairuz memutuskan pertunangan atas alasan dia ditipu wanita berkenaan dan mendakwa wanita itu sudah berkahwin di Thai. Telah keluar kenyataan balas dari pihak Azlyn di Harian Metro dan dari lelaki yang mengaku dia suami pada Azlyn di akhbar Berita Harian.

Baca kenyataan masing masing Azlyn yang membela diri dan mahu bersihkan nama keluarganya dan kenyataan dari lelaki yang mengaku dia suami Azlyn dan mendakwa Azlyn sakit hilang ingatan….pening2..apa nak jadi ye…

Azlyn mendedahkan sepanjang perkenalan mereka selama setahun itu kedua-duanya telah saling bertemu dengan keluarga masing-masing malah sering tampil bersama di majlis-majlis keluarga.

Tambahnya lagi, Fizz yang membuat kejutan lamaran kepadanya. Ketika itu, Fizz siap menangis. Dia turut menafikan Fizz telah menghubungi dirinya mahupun keluarga untuk memutuskan pertunangan.

Cerita gadis berusia 26 tahun ini, Fizz telah mengingatkan supaya tidak mengongkongnya seperti kekasih dulu dan jangan dihebohkan percintaan mereka. Atas pemintaan Fizz juga, keluarga Azlyn memaklumkan jemputan yang hadir di majlis pertunangan dia dirisik orang Raub tanpa mendedahkan identiti Fizz.

Mengenai dakwaan statusnya yang sudah bergelar isteri orang, Azlyn menafikan dirinya pernah bernikah dengan mana-mana lelaki apatah lagi di selatan Thailand.

“(Saya) tertanya-tanya mengapa perkara sebegini menimpa saya. Cuba bayangkan perasaan orang tua saya. Keluarga saya orang baik-baik, kenapa mahu menghina kami seteruk ini? Kasihan ibu bapa saya,” bila ditanya bagaimana berhadapan dengan isu ini.

“Orang yang tak tahu cerita sebenar tentu saja menempelak saya. Paling teruk dia (Fizz) mengaku terkena sihir. Tolonglah! Tidak perlu keluarkan kenyataan macam itu. Selama ini saya sayang dia seadanya dan berharap dia menerima saya juga seadanya. Dan jangan kaitkan saya mahu menumpang nama dan kesenangannya.

“Bukan mahu bercakap besar, ibu bapa saya masih mampu menanggung saya, malah jawatan sebagai pengarah di syarikat keluarga juga lebih dari cukup. Tidak perlu menunjuk-nunjuk semua itu kerana dari dulu saya lebih senang bersederhana.”

Mengakui berasa tertekan dan malu kerana diperbodohkan sebegini, Azlyn yang mendedahkan , sempat berpesan kepada pelakon tersebut: “Jangan risau, saya takkan aibkan dia. Saya bukan jenis pendendam. Saya takkan ganggu periuk nasi dia dengan membuat kenyataan melulu. Saya buka mulut ini pun kerana mahu membersihkan nama ibu bapa saya yang tercalar sama.”

 

Kenyataan dari lelaki yang dikatakan suami Azlyn

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an.
Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.
Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).
“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,”

“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.
Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama.
“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur.”

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold