Artis Lelaki Program Realiti Ditahan Reman Atas Tuduhan Rogol Kekasih

Polis semalam mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman selama dua hari ke atas seorang penyanyi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana dekat sini Ahad lalu.

Artis lelaki berusia lingkungan 25 tahun yang pernah menjadi juara  sebuah program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen televisyen itu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jalaluddin berkata, tempoh dua hari itu akan digunakan sepenuhnya oleh polis bagi mendapatkan maklumat berkaitan kes tersebut.

“Kita telah mengambil keterangan daripada mangsa berusia lingkungan 20-an selepas menerima laporan tersebut. Soal siasat akan dilakukan terhadap teman lelakinya itu bagi membolehkan kita mendakwanya jika terdapat bukti yang mencukupi,”

Semalam akhbar Kosmo melaporkan polis menahan artis tersebut pada pukul 12 tengah hari di Taman Melati dekat sini kelmarin setelah teman wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kejadian tersebut.

Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 12.40 tengah hari 31 Januari lalu ketika dia berada di rumah suspek. Ketika kejadian, ahli keluarga suspek tiada di rumah dan mangsa tidak melawan kerana bimbang akan dicederakan.

Hasil siasatan turut mendapati suspek tidak lagi aktif dalam bidang nyanyian, malah tidak lagi bernaung di bawah syarikat rakaman milik seorang artis terkenal.

sumber :kosmo online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Artis Lelaki Program Realiti Ditahan Reman Atas Tuduhan Rogol Kekasih”

  1. strike67 says:

    juara realiti thn 2010
    tahun lepas baru keluar dr syarikat rakaman monyet bon
    memang tak aktif nyanyi dah
    mat mentor la ni anak didik ZZ kan

  2. cicak tokek says:

    ntah2 gefren pun nak tapi nak tutup malu terus ckp rogol, almaklumlah baru pakai tudung minah ni..anak didik meto mentee gak gefren dia

  3. makjemah says:

    zatul dan mohd memang kapel, ye la tu takut kena pukul menyerah je..suka sama suka la tu..dah mamat tu sengkek tak nak kawen, pompuan pun buat cite la

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold