Almy Nadia Enggan Komen Sama Ada Mahu Terima Fizz Fairuz Semula

Siapa yang tidak terkejut dan sedih kalau kasih yang terjalin sejak 7 tahun kemudian dikejutkan bila kekasih bertunang dengan orang lain. Pelakon Almy Nadia masih lagi tertekan dan tidak mampu berfikir buat masa sekarang mengenai hubungan dia dengan Fizz Fairuz. Almy dan peminat dikejutkan dengan berita Fizz bertunang  dengan wanita lain Ahad lepas.

Almy Nadia masih lagi terkejut dan sedih atas apa yang menimpa dirinya. Apabila ditanya media, sama ada dia mahu menerima Fizz jika Fizz ingin menyambung kembali hubungan mereka, Almu enggan komen.

“Saya tidak mampu berfikir dengan baik ketika ini. Jadi saya tidak mahu komen apa-apa. Biarpun saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang kontroversi ini, tetapi saya akui isu ini membebankan fikiran. Tengoklah apa yang akan terjadi selepas ini kerana saya dimaklumkan Fizz akan buat sidang media untuk menjelaskan kedudukan sebenar. Tunggulah apa yang dia hendak kata,”

Dalam laporan Harian Metro hari ini, Fizz Fairuz mendedahkan pertunangannya dengan Azlyn Massiela kini telah berakhir kerana merasa tertipu apabila mengetahui status sebenar wanita itu yang merupakan isteri orang. Dalam masa yang sama, Fizz juga tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku mungkin disebabkan buatan orang memandangkan dia kini tidak sihat. Fizz juga memohon maaf secara terbuka kepada Almy Nadia atas perbuatannya itu.

sumber : Gua.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold