Aidil Zafuan Pertikai Kenapa Rita Tak Mahu Bercerai

Masih lagi mengenai permohonan cerai Aidil Zafuan yang tidak lagi selesai. Rita tidak bersetuju dengan keputusan Aidil mahu bercerai, sedangkan Aidil sudah mengaku tidak sayangkan Rita lagi dan mahu bercerai secara baik. Aidil juga mempertikaikan kata kata Rita Rudaini yang berbeza di hadapan hakim.. dan mengaibkan dia di media

“Jangan bawa lakonan dia diluar masuk mahkamah. Depan hakim dia cakap dia sayang saya, tapi depan saya dia cakap tak sayang, saya tak tahu apa yang dia nak.
“Kalau dia sayangkan saya, kenapa dia masih buat macam-macam kenyataan di media yang mengaibkan saya sendiri sebagai suami dia dan juga mengaibkan keluarga saya?
“Dia juga tahu kenapa saya keluar rumah. Tak perlulah saya bercerita tentang hal peribadi kami. Biar saya dan dia saja yang tahu. Sekarang ini saya mahu bercerai secara baik,”
Rita tak benarkan Aidil bawa anak jumpa datuk dan nenek
Aidil juga meluahkan rasa kecewanya apabila Rita tidak membenarkan anak mereka berjumpa dengan datuk dan nenek sebelah Aidil sehingga Airit dan Rayyan tidak mengenali mereka.

“Memang dia ada benarkan saya berjumpa dengan anak-anak tapi dia tak benarkan saya bawa anak-anak jumpa keluarga saya. Anak-anak hanya kenal atuk dan nenek sebelah sana (ibubapa Rita), tapi dia tak kenal atuk dan neneknya di sini. Itu saya rasa tidak adil,”
sumber Malaysia Digest

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold