Aidil Zafuan Mahu Cerai, Rita Rudaini Tak Setuju

Hari ini 25 Feb berlangsung prosiding permohonan perceraian antara Rita dan Aidil  bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Sebelum ini Adil pernah membuat permohonan perceraian di Mahkamah Syariah Petaling Jaya namun permohonannya ditolak.

Aidil dah tak sayang Rita

Aidil, 26, yang diwakili oleh peguam Nor Arif bertegas mahu bercerai malah menyatakan kesediaannya untuk melafaz cerai pada hari ini. Pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu berkata dia sudah tidak mahu lagi meneruskan proses perbicaraan kerana perbincangan sudah banyak kali dibuat dan dilihat tiada jalan penyelesaian.

Sebelum itu Hakim Hamizan Mohd Nor  bertanya kepada Aidil adakah dia masih menyayangi isterinya, Aidil menjawab,

“Saya sudah tidak sayangkan dia. Saya tak ingin lagi hidup begini sebab dah berlarutan dan tiada jalan penyelesaian”, kata Aidil

Bagaimanapun, Rita tidak bersetuju untuk mengakhiri ikatan perkahwinan mereka dengan perceraian.

Rita, 37, yang diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mdm Zain berkata, pihak anak guamnyanya memohon untuk berbincang semula dan ditubuhkan satu jawatankuasa pendamai.

Rita berbuat demikian kerana enggan Aidil lepas tangan daripada tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anak lelaki mereka.

Kemudian Hamizan bertanya pula kepada Rita adakah dia masih menyayangi suaminya, aktres itu menjawab,

Rita Rudaini mahu tahu sebab Aidil mahu menceraikannya

“Selagi dia masih sah sebagai suami saya, saya sayangkan dia. Saya hanya mahu tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya”, ujar Rita dengan nada sebak.

Rita dan Aidil berkahwin di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

sumber : Malaysian Digest

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold