Zizan Sendirian di Pentas MLM & Johan Selamat Bedah Lutut

Pada minggu ke 8, Zizan beraksi sendirian atas pentas Maharaja Lawak Mega, tanpa Johan di sisi, Johan kini masih dirawat di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur  kerana kecederaan lutut ketika bermain futsal. Doktor telah menasihati Johan supaya berehat selama 3 hingga 6 bulan.

Isterinya Ozlynn memberitahu sakit Johan sudah pun lama,  doktor tidak benarkan dia sertai MLM. Jika dia mahu, dia perlu membuat rakaman MLM di hospital. Sekarang ini pun, kaki dia masih lagi bengkak. Johan perlu menerima rawatan di wad dan mengambil ubat tahan sakit.

Jadi terpaksalah Zizan beraksi sendirian atas pentas MLM bersaing dengan pasukan lain. Walaupun Zizan keseorangan dia tetap mendapat undian terkini pada malam tu, iaitu 88%.

Pada minggu ke 8 MLM di Terengganu , temanya ialah cerita rakyat dan radio. Zizan tampil dengan gaya meniru Ustaz Azhar Idris dgn nama Ustat Enjin , dia berjaya mendapat menghiburkan penonton. Zizan muncul dengan jubah merah dan janggut palsu pun orang dah sorak tak henti henti. Saya percaya tepukan semangat sokongan padu dari penonton ialah kekuatan kepada Zizan untuk malam tu dan juga minggu minggu seterusnya tanpa Johan.

 

Zizan ustat enijn :)

Di pusingan kedua segmen tema radio, Zizan nampak kekok dan sesekali dia terlupa apa yang nak dicakap. Peminat tetap bagi dia sokongan serta semangat.

Mungkin ini ujian buat Zizan dan Johan, 2 sahabat yang karib bagai isi dengan kuku..mereka saling memberi semangat. Kabarnya Zizan terharu dan menangis kerana selepas persembahan Johan menelefonnya dan memberikan kata2 semangat.Itulah sahabat yg sejati.

Menang atau kalah tak penting, Zizan dan Johan sudah pun ada kumpulan peminat yang besar dan setia menyokong JOZAN. Mereka sudah pun menempa nama dalam dunia hiburan. Keazaman untuk bertanding tu yg penting. Peminat2 pasti memberikan semangat buat Zizan.

GO Zizan! :)

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Zizan Sendirian di Pentas MLM & Johan Selamat Bedah Lutut”

  1. L says:

    ouh. patut la johan xdak ritu.. semoga cepat sembuh.. =)

  2. akubiomed says:

    Tidak kira Zizan atau Jozan kalau berdiri diatas pentas penonton sudah ketawa terbahak-bahak.
    akubiomed recently posted..Ribut Sunamo penduduk Pantai Timur dinasihat jangan panik

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold