Zarina Anjoulie Dituduh Miliki Eramin 5

Seperti yang dijangkakan pelakon dan model yang ditahan atas tuduhan miliki dadah  ialah pelakon seksi Zarina Anjoulie (sebelum ni namanya tak didedahkan). Zarina dan rakannya ditahan di Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, jam 5.30 petang 30 Disember lalu.

Petikan berita dari Berita Harian Online :

Zarian pelakon drama Anak Pontianak itu atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dan rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, kedua-duanya 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nazri Omran.

Dia memakai baju-T kelabu dan seluar panjang merah jambu dan rakan nya yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, didakwa memiliki dua pil disyaki Eramin 5 seberat 0.6 gram di Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, jam 5.30 petang 30 Disember lalu.

RM100,000 atau penjara

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Bukhari Wan Mohd menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, tetapi kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Haijan Omar memohon dikurangkan dengan alasan tidak mampu kerana masih belajar di sebuah kolej swasta.
Nazri membenarkan Zarina dan Fakhruzaim diikat jamin RM2,000 dengan syarat penjamin dari kalangan ahli keluarga dan menetapkan sebutan kes 8 Februari ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Zarina Anjoulie Dituduh Miliki Eramin 5”

  1. nissa k says:

    Padan muka, perangai pun dah mcm pontianak

  2. kerul says:

    tak dok kedaroh puak puak ni

  3. akubiomed says:

    Sayang mempunyai pakej tetapi disia-siakan.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold