Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Zaharuddin Komen Drama Sahara Yang Hina Islam

Drama Sahara di Astro prima  yang kononnya Islamik dikecam hebat oleh orang ramai kerana jalan cerita dan perlakuan pelakon di dalam drama tersebut langsung tidak menunjukkan ciri2 keislaman, malah terang terang menunjukkan pelakon berpegang tangan, berdating,

menghina wanita berhijab dan adegan2 yang tak sesuai langsung

Pelakon lelaki dengan kopiah tetapi asyik mengorat si wanita. Kawasan seperti sekolah agama tetapi bercampur gaul lelaki dan wanita.

Sinopsis  Sahara

Izlan yang bakal melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat telah mengadakan suatu majlis perpisahan untuk meraikan kawan-kawannya. Model ternama, Isabela yang sudah sekian lama meminati Izlan, khuatir dengan pemergian Izlan itu. Namun, kejutan besar berlaku di saat akhir, apabila Izlan bertemu dengan seorang gadis berpurdah bernama Sahara. Dalam pertemuan singkat itu, Izlan telah berjaya menyelamatkan Sahara daripada menjadi mangsa ragut. Kerana terlalu kepingin untuk melihat wajah Sahara di sebalik purdah itu, Izlan telah bertindak menjejaki Sahara sehingga ke sekolah agama, di mana Sahara menetap.

Izlan terus kecewa apabila mengetahui bahawa Sahara bakal ditunangkan Tuan Haji Abidin, yang merupakan penjaga rasminya. Namun, sebaik sahaja melihat wajah Sahara di sebalik purdah itu, Izlan pasti bahawa dunianya sudah berubah. Dia tidak mampu melupakan Sahara, dan terus bertindak drastik, membatalkan pemergiannya ke Amerika Syarikat dan mendaftarkan diri di sekolah agama itu semata-mata untuk terus bertemu Sahara.

Sementara itu, Mubarak, yang berlagak seperti ustaz, telah didesak datuknya untuk masuk ke Sekolah Agama untuk mendapatkan pentauliahan ustaz yang sebenar. Mubarak bersetuju berbuat demikian selepas datuknya bersetuju memindahmilik sebuah dusun kepadanya. Mubarak turut mempelawan kawan baiknya, Badrul, seorang penyolek saku yang kini hidup sebatang kara, untuk menemaninya di situ.

Pelakon dan pengarah Sahara

pengarah pakai baju kotak2.. dan pelakon wanita dalam Sahara Reen Rahim juara Pilih Kasih 3. Pelakon lelaki Mohd Ikhwan, pelakon lain terlibat seperti Shakila Koriri dan Rizal Hasbi.

Info sikit siapa sebalik drama SAHARA ni

penyunting skrip : Tomy Ct Loh

pengarah kreatif :Anup Malik

pengarah fotografi : Kamarul Ariff Jamaluddin

penyunting: D’nesh dan Muhd Syamim

Penerbit eksekutif: Jamal Hj Ismail (astro)

Penerbit eksekutif : Devraj Nair

Penerbit : RAAM Punjabi

Pengarah: Dinesh Samby dan A.Harith

cuba lihat siapa penerbit , pengarah dan penyunting skrip?

Reen Rahim

 

 

 

apa komen Ustaz Azhar Idrus mengenai drama Sahara yang  menghina Islam ni

komen Ustaz Zaharuddin yang mahu drama Sahara dihentikan

Drama ini patut diKRITIK dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab. Wanita berhijab TIDAKLAH sedemikian murah untuk berdating, berpegangan tangan, berpelukan dengan lelaki bukan mahram. Kalau kita marah-marah non muslim menghina dan memberi gamabarn salah terhadap kalimah Allah dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri.

 

Diwujudkan  Facebook Hentikan Drama Sahara..antara komen di fb itu

Pengarah sepatutnya memikirkan bagaimana nk menonjolkan kesucian islam bukan memperlekehkan pakaian sunnah. Betul….kami niqabis bukan sempurna tp jgn diperlekehkan pakaian sunnah ini…kalau kamu sayang pada baginda saw..kamu x mungkin membuat penghinaan seperti ini kan? Mungkin drama ini konsep dakwah komedi tp harus clear perkara2 yg boleh merosakkan aqidah. Kamu pencetus pemikiran negatif pada jiwa anak2 org islam. Bagaimana org lain ingin melihat islam itu agama yg suci dan indah bilamana kamu sendiri yg merosakkannya. Fikir2kan lah..hidup kita bukan atas dunia saja…apa yg kita tanam..dapatlah hasilnya di akhirat nanti. Wallahua’lam.

 

Puji pelakon Diana Amir yang meneliti skrip dan jalan cerita islamik dahulu sebelum terima tawaran, kata Diana lagi , dia sedar banyak drama yang corak Islamik tetapi tidak melambangkan islam yang sebenar.

Pada mula promo drama Sahara ni dulu admin pun tak ingin nak tengok sebab bila tgk hero pakai kanta lekap warna koko cair..jalan cerita mcm drama hindustan..rupanya memang betul drama ni teruk. Patut lah jalan cerita merepek lihat lah pengarah dan siapa buat skrip, penerbit ?

Diharapkan pihak Astro sedar akan isu ini dan menghentikan segera drama yang tidak ada nilai Islam yg sebenar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Zaharuddin Komen Drama Sahara Yang Hina Islam”

  1. Amirez says:

    pelik juga macam mana drama yang kononnya Islamik diarahkan oleh orang bukan Islam
    Amirez recently posted..Misteri Restoran Adik Manja di Kuantan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold