Telefilem XoXo Lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Nadiya Nisaa di Tv9

Buat peminat Remy Ishak, Tiz dan juga Nadiya Nisaa, sebuah telefilem tentang konflik cinta akan ditayangkan pada 30 Januari ini di Slot Skrin tv9 jam 8.30 malam. XoXo turut menampilkan pelakon Efida Es dan Josiah Hogan.

Sinopsis Xoxo

Drama tersebut mengisahkan mengenai hubungan cinta jarak jauh antara Haziq yang berada di London dan masih menuntut manakala Aleesha yang telah dikenali selama dua tahun melalui laman sosial Facebook berada di Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.

Kerana tidak sabar menunggu kepulangan kekasih pujaan hatinya pulang ke Malaysia, Aleesha telah pergike London untuk membuat kejutan sekaligus bertemu Haziq buat pertama kali.

Sebaik tiba di London, Aleesha hampir pitam apabila diberitahu oleh rakan serumah Haziq bernama Johan (Josiah Hogan) bahawa Haziq telah pulang ke Malaysia!

Keadaan menjadi rumit apabila dompet serta passport Aleesha tertinggal di dalam teksi yang dinaikinya dan terpaksa menumpang di rumah Johan.

Johan berjanji akan membantu Aleesha walaupun sebenarnya dia mempunyai niat lain untuk mempergunakanAleesha.

Haziq pula menghadapi dilema apabila kepulangannya ke Malaysia hanyalah untuk dijodohkan oleh pilihan neneknya.

Dia bagaimanapun menolak dan menyatakan dia akan membawa Aleesha untuk bertemu dengan neneknya.

Haziq pergi ke rumah Aleesha tanpa mengetahui yang Aleesha sudahpun berada di London sebaliknya hanya menemui Dahnia (Nadiya Nisaa), rakan serumah Aleesha yang berpewatakan pelik, seperti anti lelaki, emo dan kasar.

Haziq terpaksa menipu neneknya dengan mengupah Dahnia supaya menyamar sebagai kekasih dan bertukar perwatakan dari anti lelaki, kasar kepada gadis ayu. Dapatkan rahsia Dahnia dan Haziq tersimpan rapi dan bagaimana pula dengan Aleesha di luar negara denganĀ  rakan serumah Haziq.

Ikuti kisah yang menarik dengan pelbagai konflik di antara mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Telefilem XoXo Lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Nadiya Nisaa di Tv9”

  1. kopipanas says:

    Nadiya nisa pun ada ke
    kopipanas recently posted..Video Sehangat Asmara Episod 4

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold