Sinopsis Surat Dari Langit Biru (slot Samarinda Tv3)

Slot  Samarinda Surat dari Langit Biru akan tayang pada 6 Februari ini di tv3, drama bersiri  15 episod ni arahan Rashid Sibir sebaik saja Ruby tamat.
Pelakon untuk drama ini ialah Fizo Omar, Johan Asaari, Yana Samsudin Nabila Dally, Fauziah Nawi, Rahim Razali, Ika Nabila dan Iqram Dinzly, Nasir Bilal Khan dan  Tania Hudson.

Sinopsis Surat Dari Langit Biru
Zarul dan Salmi mengharungi kehidupan mereka bersama ibu tercinta, Mak Munah (Fauziah Nawi) dan juga ayah mereka lakonan Dato’ Rahim Razali.

 

Cinta dan sayang Zarul terhadap Salmi mengatasi kasih terhadap dirinya sendiri. Zarul rela berkorban demi kebahagiaan kakaknya. Heykal (Fizo Omar) yang menaruh perasaan terhadap Salmi sejak di bangku sekolah lagi menyimpan dendam dek cintanya yang tidak terbalas. Kelebihan sebagai anak ketua kampung digunakan sepenuhnya Heykal untuk mendapatkan Salmi.

Salmi yang dipaksa berkahwin bersama Heykal demi melunaskan segala hutang ayahnya pada ayah Heykal berazam mengubah nasib keluarganya. Salmi berjaya menggenggam segulung ijazah dan bergelar seorang doktor. Langit tidak selalunya cerah, Salmi hidup terseksa dalam cengkaman Heykal yang berselindung di sebalik kegiatan haram sebagai sumber pendapatannya.

 

Bersama adik perempuannya Lisa (Tania Hudson) , Heykal berusaha memutuskan ikatan antara Salmi dan Zarul. Dalam masa yang sama, Zarul menyimpan satu rahsia yang cukup besar dari pengetahuan Salmi. Lisa pula membuat onar dengan tujuan memerangkap Zarul. Berjayakah Heykal melunaskan rancangan kejamnya? Dapatkah Zarul terus mendamba kasih kakaknya dan apakah rahsia yang dipendamnya selama ini?


Lagu OST Surat dari Langit Biru – Teman Pengganti dari Black

Masa tayang jam 10.00 malam setiap hari Selasa hingga Khamis.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold