Sinopsis Ruby Samarinda tv3

Tayangan Samarinda kini selama 1 jam, bermula jam 10 malam, Selasa – Khamis. Ruby slot baru untuk Samarinda bermula malam ni 2 Jan 2013. Pelakon utama ialah Siti Saleha, Sharnaaz Ahmad, Hanez Suraya, Maria Farida, Kartina Aziz dan Shima Anuar.

 

Sinopsis Ruby

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara (lakonan Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima). Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin (Sharnaaz Ahmad) yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz). Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby. Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut.

Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?

sumber : http://metrowealthpictures.net

LAGU OST DALAM DRAMA RUBY

 

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Sinopsis Ruby Samarinda tv3”

  1. krole says:

    owh ceta cinta tiga segi~ mesti best ni~thanks for the sharing wak~
    krole recently posted..Menyentuh Hatiku

  2. mrs k says:

    tak suka Sharnaaz, asyik menyeringai tunjuk gigi dalam cite ni.
    nak wat lawak tp tak jadi

  3. arirangria says:

    drama tv3 pasti best dgn gabungan sharnaaz n saleha..huhu..blh tau tak brapa jumlah episod crita nie???

  4. Zoobear says:

    Aper namer pelakon memegang watak sbg pembantu peribadi ben tu, muka dia sebijik mcm adik aku yg tgh belajar kt sydney tuh..

  5. PuanGojes says:

    morning :)
    makin lama makin syok citer ni. hopely tak terlepas episod by episod. sebab jam 10.00 malam, mata da mula mengantuk :(
    tp tak sabar juga nak tgk kesudahan si ben ni. dengan harta duit semua tak de. :D
    PuanGojes recently posted..pencuri duit lisa surihani berjaya ditahan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold